Thursday 31 May 2012

KEMANISAN ALI-IMRAN & AL-INSYIRAH


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah di atas nikmat dan kasih sayang Allah aku masih berada di atas Jalan Dakwah.  Bersyukur kepada Allah di atas nikmat yang sangat agung iaitu masih lagi dalam keadaan Muslim dan Mu’min. Yang mana kukira masih ramai lagi insan di luar sana yang belum ketemu dengan hidayahNya, yang masih lagi tidak peduli kepada kebenaran2, yang masih lagi berada dalam lorong kegelapan walaupun sudah ada lorong cahaya tapi dia tidak mahu mengikutinya wa imma kejahilannya ataupun kedegilannya.
Mala mini, terasa satu penangan selepas sesi usrah tadi. Tadabbur surah ali-Imran ayat 133-148, dan kupasan Tafsir fi Zilal surah al-Insyirah.

Apa yang boleh kukongsikan?

Daripada surah ali-Imran ayat 133-148:

1. Allah sangat suka kepada hambaNya yang selalu memohon keampunan. Diibaratkan kegembiraan Allah itu seperti seseorang yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian dia ketemu kembali dengan unta tersebut. Alangkah gembiranya dia! Begitulah sikap Allah terhadap hambaNya yang selalu memohon keampunan,malahan lebih gembira daripada orang yang hilang unta tadi.

2.  Allah sangat2 menepati tuntutan psikologi hamba2Nya. Kita tahu dalam al-Quran ada disebut ‘fastabiqul khairat’ bermakna berlumba2lah kamu ke arah kebaikan. Itu adalah sudut yang positif. Manakala pada sudut yang negatif Allah  tidak berkata berlumba2lah kamu dalam meninggalkan kejahatan, tetapi Dia berfirman supaya ‘wa saari’uu ila maghfirah mirrabikum ’ iaitu bersegeralah kamu mencari keampunan daripada TuhanMu. Kerna Dia tahu kita ini sentiasa tak kan terlepas daripada dosa, jadi penghapus kepada  dosa2 yang kita lakukan adalah dengan sentiasa memohon keampunan.

3. Janganlah merasa terhina atau lemah dan bersedih di atas kekalahan di dalam perang Uhud wahai tentera muslimin! Sebab kamulah yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman.  Kalah bukan bermaksud tentera muslimin terhina! Segala yang berlaku pasti ada pengajaran yang Allah mahu hamba2Nya ambil iktibar. Disebabkan tidak mengikuti arahan Baginda saw, supaya tak meninggalkan kawasan, dek kerana hendakkan harta, mereka tidak menuruti arahan Nabi Muhammad saw, akhirnya kekalahan menimpa mereka. Walaubagaimanapun Allah memujuk dengan berkata jangan berasa terhina dan bersedih, sebab kita orang beriman ni punyai darjat yang tinggi di sisi Allah. Adakah anugerah lain yang lebih berharga daripada pengiktirafan Allah ini?!

4. Iktibar lain dari Perang Uhud adalah pertolongan Allah itu datang bersesuaian dengan usaha para hambaNya. Seandainya mereka bersabar dalam menuruti arahan baginda, kemungkinan besar kemenangan berpihak kepada muslimin. Begitulah kita contohnya yang sedang menghadapi peperiksaan ni, Allah akan bantu kita bersesuaian dengan usaha yang kita lakukan. Malahan pernah je kan banyak kali terjadi yang Allah beri kita sesuatu lebih daripada apa yang kita usahakan?! Itulah nikmat Allah yang takkan pernah berkurang walaupun Dia bagi amat banyak kepada para hambaNya.

5. Hendak masuk syurga Allah itu bukan setakat omongan kosong, adakah kita benar2 sudah berjihad dan benar2 sudah bersabar?

6. Balasan yang baik kepada orang2 yang bersyukur dan dicintai oleh Allah bagi orang2 yang bersabar dan membuat kebaikan.

Daripada kupasan Tafsir surah al-Insyirah:

1. Bebanan dakwah yang dipikul oleh Rasulullah saw adalah suatu yang amat berat.

2. Kemuncak ujian untuk Baginda dalam berdakwah adalah ketika peristiwa di Thaif, Baginda tidak mendapt perlindungan orang2 di sana malahan dibaling batu sehingga berdarah. –Tapi Baginda tidak berdendam kepada mereka-

3. Dakwah yang kita jalankan ini, mungkin ada yang merasakan ianya sudah jadi sebagai satu rutin. Rutin itu adalah suatu perkara yang dah selalu sangat kita buat kan? Begitulah dengan dakwah, ianya adalah kerja kita setiap hari, tapi apa yang membezakan ialah perasaan kita sama ada berat ataupun ringan dalam melaksanakan dakwah. Seandainya kita melakukan dakwah dengan penuh passionate, kita akan merasa ringan dengan bebanan2 yang dipikul di atas Jalan Dakwah. Sepertimana kita sangat2 berminat dengan kerja kita sekarang contohnya sebagai seorang doktor, walaupun nampak seolah2 seperti hidup mereka tu tiada kerehatan yang cukup, tetapi mereka yang sangat berminat dengan kerjayanya ini, takkan merasa sangat terbeban dan takkan merasa sangat lelah sebab dia melakukan sesuatu yang dia enjoy!

4. Andai kita sering terasa beban dengan dakwah??? Ini tak bermakna kita kena berhenti daripada melakukan dakwah. Even Rasulullah saw sendiri merasa bebanan yang lebih teruk daripada kita. Pokoknya, teruskan sahaja! Sambil terus muhasabah diri di manakah kekurangan2 kita sehingga kita rasa dakwah ni sangat2 membebankan? Nak tau tak? Dengan berdakwah, ini pun menunjukkan salah satu sifat kesyukuran kita kepada Allah. Allah dah beri banyakkkkk nikmat, apa lagi yang kita mahukan???

5. Sesuatu yang berat, akan terasa ringan bila dikurniakan nikmat lapang dada oleh Allah swt. Moga kita diberi nikmat itu selalu.

6. Allah dah janji setiap kesukaran pasti akan ada kesenangan.  Antara cara untuk kita sentiasa berfikir positif ialah hitunglah kesyukuran(nikmat) dan jangan dihitung kesukaran!

7. Setiap hari setelah selesai urusan kita berhadapan dengan pelbagai karenah manusia dalam berdakwah ni, kembalilah kepada Allah memohon bekalan daripadaNya sbgai contoh Qiyamulail. Supaya dapat menghadapi hari berikutnya dengan penuh kekuatan.

Moga2 mendapat manfaat, baik yang memberi mahupun yang menerima. Amin…