Saturday 8 December 2012

Muhasabah

Bismillahirrahmanirrahim.

Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad wa 'ala aali sayyidina muhammad.

Melihat mereka yang disapa hidayahNya
Berkali-kali hati ini tertampar-tampar
Adakah diri ini sudah tidak lagi menjadi pilihanNya?
Allahu....aku harap bukan begitu...

Sekeping hati ini
Masih lagi tidak rasa puas
Masih lagi berasa kekurangan
Kerana rasa tiada apa sangat yang disumbangkan untuk islam

Melihat kembali tempat diri ini mendapat tabiyah
Menjenguk di alam maya betapa semangatnya adik2ku di sana
Jauh di sudut hati aku rindu, rindu pada semangat yang dulu
Aku juga rasa berbangga melihat diri mereka semakin dewasa
Melihat hammasah mereka
Membuatkanku berfikir aku di sini mesti terus bergerak

Mungkin terlalu memikirkan tentang diri sendiri, keupayaan diri
Lantas itulah yang menjadikanku seperti air yang bertakung (hu...Allahu)
Lupakah aku mengapa aku memilih untuk kembali?
Lupakah aku terhadap hikmah yang sudah pernah aku dapat setakat ini?

Allahu Allah terima kasih kerana masih sudi meletakkan diri ini dalam saff para pejuangMu
Walau mungkin aku hanya kelas bawahan
Aku harap sangat - sangat kepadaMu agar terus sudi memilih diriku
Untuk terus berasa dalam saff ini

Dunia...oh...dunia,mungkin ada sisi2 duniawi yang masih melekat dalam diri ini
Lantas ia menjadi penyebab langkahku tidak bermaya
Ah...alasan itu hanya alasan!
Fokuslah! Fokuskanlah kembali niatmu kepada Allah selalu

Wahai Allah, tuntunlah aku,bimbinglah aku,pimpinlah aku
Hidup dan matikanlah aku dalam keadaan yang diredhaiMu
Kuatkan imanku untuk menepis perkara2 duniawi yang menyekat langkahku
Sesungguhnya Kau Maha Berkuasa,
Ameen yarabbal 'alamn...




Thursday 8 November 2012

SYUKUR & REDHA

Bismillahirrahmanirrahim.

Seperkara yang aku belajar pada hari ini, dan ianya merupakan perkara yang aku belajar berulang-ulang iaitu mensyukuri dan redha dengan segala pemberian Allah kepadaku sehingga ke saat ini.

Mengapa aku katakan apa yang aku belajar pada hari ini merupakan perkara yang berulang-ulang? Kerana aku manusia yang lemah, dan lupa. Walaupun di satu detik dulu aku berjaya menyingkap hikmah di sebalik apa yang berlaku serta aku boleh mensyukuri dan redha dengan perkara tersebut, tetapi perasaan itu tak mampu aku pertahankan setiap hari. Sukar rasanya untuk sentiasa bersyukur dan redha.

Mengapa ujian yang datang hanya sekali-sekala mampu membuatkan diri ini rasa tertekan? Walhal setiap hari kurniaan Allah itu amat amatlah banyak. Bila 1 ujian menimpa, terasa nikmat yang lain seolah tiada. Yang nampak di depan mata hanyalah kesusahan tersebut. Tika iman melemah, maka mengeluh. Langsung lupa pada nikmat2Nya yang banyak.

Ya Allah, sungguhlah Maha Agung dan Maha Kuasa Engkau yang menciptakan manusia dengan pelbagai latar belakang, budaya, warna kulit agar saling berkenal-kenalan. Selain berkenal-kenalan, hikmah di sebalik itu adalah kita akan beroleh ilmu daripada orang di sekeliling kita yang mempunyai cerita mereka yang tersendiri. Kadangkala aku rasa di satu masa aku diuji dengan satu perasaan yang aku tak suka, atau satu keadaan yang aku tak suka. Kadangkala aku tak nampak jalan keluar untuk menyelesaikan masalah tersebut. Akan tetapi apabila aku bertemu dengan manusia2 lain contohnya pada hari ini, aku kembali merasa bersyukur dan redha dengan apa yang diujiNya pada diriku.

Oh...rupanya ada juga orang yang diuji lebih kurang sama macam diriku. Oh rupanya ujian orang tu lebih teruk berbanding diriku. Tabahnya orang tu, ujian dia lagi dahsyat tapi masih mampu tersenyum.

Dalam situasi beginilah sebagai contoh, rasa syukur dan redha akan kembali semula. Muhasabah semula diri, katakan pada diri bukan aku seorang saja yang diuji.

Allahu Allah... di saat2 beginilah teruji keyakinan aku kepada ayat2 al-quran yang menyatakan apakah manusia itu dibiarkan mengatakan diri mereka beriman sedangkan mereka tidak diuji?
Ayat al-Quran yang lain pula berkenaan boleh jadi kita menyukai sesuatu tetapi ianya tidak baik untuk kita, dan boleh jadi kita membenci sesuatu tetapi ianya baik untuk kita.

Apa-apa yang Allah bagi kat kita sebenarnya itulah yang terbaik untuk diri kita pada masa itu. Oh Allah, sungguh sukar rasanya untuk sentiasa bersyukur dan redha terhadap segala pemberianMu. Bantulah aku ya Allah untuk melihat segala yang Engkau beri dari sudut pandang diriMu, bukan dari sudut pandanganku.
Kerana sebagai pencipta sudah tentu segala yang Engkau beri adalah yang terbaik untuk makhlukMu ini. Walhal aku hanyalah makhlukmu yang sebenarnya tak layak untuk mempertikaikan segala pemberianMu terhadapku. Bantulah aku untuk menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur dan redha terhadapMu, ya Allah... Amin ya rabb.

Sunday 21 October 2012

U.T.K


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah berpeluang menghadiri satu kem yang kuanggap unik bagi diriku sepanjang hidup ini. Uniknya kerana bersama dengan mereka yang berpangkat ‘makcik2’. Pada permulaan mendapat tahu tentang kem ini, walau ada sedikit teruja tetapi sedikit risau dan bimbang kerana memikirkan tiada kawan yang sebaya a.k.a yang muda macam diriku. Aku terfikir bagaimanalah nanti aku hendak ‘masuk’ menyesuaikan diri dengan ‘makcik2’… Yelah….Selama ini sudah selesa dan gembira ber’kem’ dengan yang sebaya a.k.a muda2. ^_^

Pada Sabtu pagi selepas Subuh seorang makcik menjemputku di rumah. Kurang dari satu jam kami tiba di tempat berkumpul semua peserta. Alhamdulillah rupanya ada lagi orang muda lain yang sebaya denganku, malahan ada yang pernah kujumpa sebelum ini… Hati rasa lega sikit… Makcik2 pun sangat ‘welcome’ semasa kedatanganku tadi, seolahnya macam pernah berjumpa dan beramah sebelum ini…
Bersama dengan Senioritas dakwah & tarbiyah sepanjang dua hari ini, menjadikan aku mencari poin2 untuk bermuhasabah. Aku amat tertarik dengan ukhuwah mereka. Mereka itu aku pandang sebagai golongan yang sangat tegar di atas jalan dakwah & tarbiyah ini. Mereka itu faham dan setia dengan perjuangan ini. Ada perkongsian2 daripada mereka yang menyentuh hatiku. Betapa pentingnya untuk sentiasa berlapang  dada dan bersangka baik dalam satu orgsnisasi supaya ‘nafas’ ini terus panjang di atas jalan dakwah & tarbiyah. Terdetik di hatiku, pasti sangat banyak kisah duka yang makcik2 tempuhi di sepanjang jalan ini, tapi kerana iman & ukhuwah mereka masih tegar sehingga ke hari ini… Inilah kem ataupun program yang aku banyak senyap kerana melihat mereka2 yang hebat itu didepanku.

Ada yang membawa anak, tapi masih boleh bersikap tenang. Langsung tidak memarahi anak2nya  yang berlari sana-sini…menangis,merengek….
Ada yang sakit, bukan sakit biasa, tapi masih bersemangat turut serta di dalam kem ini.

Allahu Allah… antara yang mengesani aku, makcik2 boleh memeluk diri ini seeratnya dan mendoakan untukku…aku speechless, apa yang aku mampu ucap hanyalah terima kasih… dan terus mengharapkan doanya….

Makcik2 juga sangat meraikan kami orang muda… Sejenak aku terfikir satu hari nanti pasti aku juga berada di tempat mereka, menyaksikan rangkaian duat yang baru bersama-sama dalam perjuangan ini…

Walaupun begitu, ada juga kebimbangan pada diri ini, seandainya aku tidak bersabar…adakah aku masih mampu berada di jalan ini pada masa akan datang??

Allahu Allah… aku mohon padaMu sudilah untuk terus memilih diri ini sebagai pejuang agamaMu.. amen ya rabb! 





Tuesday 21 August 2012

Monolog Ramadhan

Bismillah....

Andai di ketika ini ada hamba2 Allah yang telah merasa gembira dengan
pemergian Ramadhan kerana dia telah melakukan yang terbaik
pada Ramadhan baru2 ini...
Ketahuilah...bahawa diriku teramatlah 'jeles' kepada orang tersebut...

Aku sangat,sangat,sangat berharap agar Allah mengizinkan aku
bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang...
Sungguh, dunia ipt dan dunia kerja sgtlah berbeza
Betapa sekarang ini sgt2 perlu mujahadah melawan nafsu malas!

Andai aku terus beralasan sehingga menurunkan kualiti ibadatku
Sampai bila pun aku takkan improve!
Aku mesti kuat bermujahadah!

Huh,,,kadang2 memang terasa diri ini terlalu dimanjakan
Asal ada peluang saja mahu berehat
Faktor usia kadangkala sengaja dijadikan alasan...
oh...apakah?.....

Ya Allah mohon sangat2 kurniakan daku kekuatan iman
dan kekuatan semangat yang berterusan
kerana apa yang aku dah lakukan hingga saat ini untuk islam...
mungkin masih sikit...atau tiada apa2....
Bangkitlah wahai diri!

:'(

Sunday 12 August 2012

IMAN SENIPIS KULIT BAWANG


Bismillah.

Hati teringin sangat2 nak berkongsi di sini seperti dulu2.. tapi masih tiada lagi kekuatan walau ada kesempatan.
Kukongsikan di sini sebagai satu muhasabah buat diriku khususnya. Yang ku ambil dari blog seorang sahabat
yang bersama2 di jalan dakwah ini.  

Di saat diri ini sangat perlukan teguran, dan sesuatu yang boleh membantu mentajdid niat mengapa berada di jalan dakwah ini. 

Sungguhlah..tiadda kerehatan yang sebenar dalam hidup ini.....


Assalamualaikum,,

nak share dengan antum,,
satu peristiwa,
moga Allah menerima amal kecil ini..

ana kenal ukht ini sudah lama..
sejak dia di awal pernikahan,
sejak dia bersama-sama kami bertatih-tatih di jalan ini..


subhanaAllah,
sungguh dia adalah seorang ukht yang ana sangat kagumi..



sekarang dia dikurnia 3 orang cahaya mata..
sedang belajar PHD,
dalam masa yang sama bersama-sama kami dalam gerabak dakwah yang laju ini..

melihat dia,
rasa risau,
samada mampu sekuat dia
kalau nanti diposisi itu.

posisi seorang ibu
yang perlu jaga kebajikan anak2
teringat satu malam di daurah,
ditugaskan untuk hirasah..
malam itu saat yang dah nyenyak tidur..

dia masih ke hulur hilir
melayan anak-anaknya..

dia buatkan ana teringat pada mak ana..
terfikir mcmmana mama boleh bawa 6 orang anaknya ke mukhayyam..
oh! mujahadahnya!

dalam masa yang sama
dia perlu habiskan study dalam PHD..

kadang2 ada juga dia luahkan
ttg beratnya tanggungjawab yang dipikul
dia selalu buat ana muhasabah..

jika ana malas2 rasa berat
sesungguhnya dia lebih layak untuk beralasan
dari ana yang tak pegang apa2 tanggungjawab ni..


kadang-kadang,
rasa takut untuk naik ke tangga seterusnya,
kerana takut tak mampu pikul beban yang kian berat
lantas lari tinggalkan semua..

Allahu Rabbi..
Thabbit qulubana Ya Rabb..

malam itu kami berkongsi
ttg tawakal pada Allah..

ttg kebergantungan pada Allah
bahawa Dia akan memberikan yang terbaik
betapa tiap keputusan kita bergantung pada redhaNya.


" ana tak mampu minta
ana tak mampu doa pada Allah.. "



katanya dengan deraian air mata..



"ana tak mampu doa seperti yang ukht katakan"

"agar jika sesuatu itu menjauhkan diri dari Allah,
mohon Allah menjauhkannya dari diri..
ana tak mampu.."

katanya ..




Allahu Rabbi..

hati ana sebak..




"iman ana cuma senipis bawang,
tak mampu doa..

jika anak-anak ini menjauhkan diri dari Allah,

agar Allah menarik mereka dari ana..

ana tak mampu.."






Allahu Rabbi,,




ana hanya mampu tertunduk sebak..

tertunduk malu atas kata-kata sendiri..



"Sesungguhnya medan khayal itu lebih mudah dari medan bicara. Medan bicara pula lebih mudah dari medan amal jihad. Namun medan amal jihad itu tidak sama dengan jihad yang muntij"
(Hasan Al Banna)



tak pernah ana melihat doa ini seperti mana dia melihatnya..





ana belum lagi alami,

perlu bangun malam2 menyusu anak
tentu sahaja lebih selesa di rumah
berbanding bawa anak2 ke tempat program
ke tempat yang anak2 tak selesa untuk tidur..


malahan jika ana di tempatnya,

ana tak pasti samada ana masih mampu untuk keluar ke jalanan,
mampu untuk keluar
membawa anak-anak..
meninggalkan rumah selesa di rumah..
agar tidak ditinggalkan gerabak kereta dakwah..



"atas iman senipis kulit bawang ini..

ana gagahkan jua untuk keluar,,

bawa anak-anak..

agar Allah melihat usaha ana,,

ini sahaja yang ana mampu persembahkan padaNya..

atas iman yang compang-camping ini.."




luluh hati mendengarnya...





andai nilaian dirinya terhadap imannya begitu..

nilaian apa harus ku berikan pada imanku ini..




melihat usahanya sahaja sudah cukup membuatkan ku cemburu..

atas nilaian apa Ya Rabb,,
harus ku nilai imanku ini..



malu atas kata-kataku sendiri..

dalam kereta,
air mata tak henti mengalir..





bila Allah menegur untuk muhasabah diri ini..

untuk tidak sekadar berkata-kata..

tapi agar melihat ke dalam hati




sejauh mana obsesi sudah menyeluruh untukNya

sejauh mana dunia ini sudah lepas dari hati ini..

sejauh mana duit dan rezeki yang Dia berikan sudahku infaqkan ke jalanNya

sejauhmana masa yang diberikan ku gunakan sebagai amal yang dapat menggapai redhaNya..





Ya Rabb,,

malunya..

terimalah amal kami yang kecil ini Ya Rabb,,

terimalah Ya Rabb,

agar ada yang dapat kami persembahkan padaMu nanti...



bantu kami,

agar tidak ditinggalkan kafilah dakwah ini

kerana jalan ini sahaja yang membawa kami kepada pertemuan denganMu..




terimalah amal kami

hanya ini yang mampu kami berikan atas iman senipis bawang ini..

Thursday 31 May 2012

KEMANISAN ALI-IMRAN & AL-INSYIRAH


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah di atas nikmat dan kasih sayang Allah aku masih berada di atas Jalan Dakwah.  Bersyukur kepada Allah di atas nikmat yang sangat agung iaitu masih lagi dalam keadaan Muslim dan Mu’min. Yang mana kukira masih ramai lagi insan di luar sana yang belum ketemu dengan hidayahNya, yang masih lagi tidak peduli kepada kebenaran2, yang masih lagi berada dalam lorong kegelapan walaupun sudah ada lorong cahaya tapi dia tidak mahu mengikutinya wa imma kejahilannya ataupun kedegilannya.
Mala mini, terasa satu penangan selepas sesi usrah tadi. Tadabbur surah ali-Imran ayat 133-148, dan kupasan Tafsir fi Zilal surah al-Insyirah.

Apa yang boleh kukongsikan?

Daripada surah ali-Imran ayat 133-148:

1. Allah sangat suka kepada hambaNya yang selalu memohon keampunan. Diibaratkan kegembiraan Allah itu seperti seseorang yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian dia ketemu kembali dengan unta tersebut. Alangkah gembiranya dia! Begitulah sikap Allah terhadap hambaNya yang selalu memohon keampunan,malahan lebih gembira daripada orang yang hilang unta tadi.

2.  Allah sangat2 menepati tuntutan psikologi hamba2Nya. Kita tahu dalam al-Quran ada disebut ‘fastabiqul khairat’ bermakna berlumba2lah kamu ke arah kebaikan. Itu adalah sudut yang positif. Manakala pada sudut yang negatif Allah  tidak berkata berlumba2lah kamu dalam meninggalkan kejahatan, tetapi Dia berfirman supaya ‘wa saari’uu ila maghfirah mirrabikum ’ iaitu bersegeralah kamu mencari keampunan daripada TuhanMu. Kerna Dia tahu kita ini sentiasa tak kan terlepas daripada dosa, jadi penghapus kepada  dosa2 yang kita lakukan adalah dengan sentiasa memohon keampunan.

3. Janganlah merasa terhina atau lemah dan bersedih di atas kekalahan di dalam perang Uhud wahai tentera muslimin! Sebab kamulah yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman.  Kalah bukan bermaksud tentera muslimin terhina! Segala yang berlaku pasti ada pengajaran yang Allah mahu hamba2Nya ambil iktibar. Disebabkan tidak mengikuti arahan Baginda saw, supaya tak meninggalkan kawasan, dek kerana hendakkan harta, mereka tidak menuruti arahan Nabi Muhammad saw, akhirnya kekalahan menimpa mereka. Walaubagaimanapun Allah memujuk dengan berkata jangan berasa terhina dan bersedih, sebab kita orang beriman ni punyai darjat yang tinggi di sisi Allah. Adakah anugerah lain yang lebih berharga daripada pengiktirafan Allah ini?!

4. Iktibar lain dari Perang Uhud adalah pertolongan Allah itu datang bersesuaian dengan usaha para hambaNya. Seandainya mereka bersabar dalam menuruti arahan baginda, kemungkinan besar kemenangan berpihak kepada muslimin. Begitulah kita contohnya yang sedang menghadapi peperiksaan ni, Allah akan bantu kita bersesuaian dengan usaha yang kita lakukan. Malahan pernah je kan banyak kali terjadi yang Allah beri kita sesuatu lebih daripada apa yang kita usahakan?! Itulah nikmat Allah yang takkan pernah berkurang walaupun Dia bagi amat banyak kepada para hambaNya.

5. Hendak masuk syurga Allah itu bukan setakat omongan kosong, adakah kita benar2 sudah berjihad dan benar2 sudah bersabar?

6. Balasan yang baik kepada orang2 yang bersyukur dan dicintai oleh Allah bagi orang2 yang bersabar dan membuat kebaikan.

Daripada kupasan Tafsir surah al-Insyirah:

1. Bebanan dakwah yang dipikul oleh Rasulullah saw adalah suatu yang amat berat.

2. Kemuncak ujian untuk Baginda dalam berdakwah adalah ketika peristiwa di Thaif, Baginda tidak mendapt perlindungan orang2 di sana malahan dibaling batu sehingga berdarah. –Tapi Baginda tidak berdendam kepada mereka-

3. Dakwah yang kita jalankan ini, mungkin ada yang merasakan ianya sudah jadi sebagai satu rutin. Rutin itu adalah suatu perkara yang dah selalu sangat kita buat kan? Begitulah dengan dakwah, ianya adalah kerja kita setiap hari, tapi apa yang membezakan ialah perasaan kita sama ada berat ataupun ringan dalam melaksanakan dakwah. Seandainya kita melakukan dakwah dengan penuh passionate, kita akan merasa ringan dengan bebanan2 yang dipikul di atas Jalan Dakwah. Sepertimana kita sangat2 berminat dengan kerja kita sekarang contohnya sebagai seorang doktor, walaupun nampak seolah2 seperti hidup mereka tu tiada kerehatan yang cukup, tetapi mereka yang sangat berminat dengan kerjayanya ini, takkan merasa sangat terbeban dan takkan merasa sangat lelah sebab dia melakukan sesuatu yang dia enjoy!

4. Andai kita sering terasa beban dengan dakwah??? Ini tak bermakna kita kena berhenti daripada melakukan dakwah. Even Rasulullah saw sendiri merasa bebanan yang lebih teruk daripada kita. Pokoknya, teruskan sahaja! Sambil terus muhasabah diri di manakah kekurangan2 kita sehingga kita rasa dakwah ni sangat2 membebankan? Nak tau tak? Dengan berdakwah, ini pun menunjukkan salah satu sifat kesyukuran kita kepada Allah. Allah dah beri banyakkkkk nikmat, apa lagi yang kita mahukan???

5. Sesuatu yang berat, akan terasa ringan bila dikurniakan nikmat lapang dada oleh Allah swt. Moga kita diberi nikmat itu selalu.

6. Allah dah janji setiap kesukaran pasti akan ada kesenangan.  Antara cara untuk kita sentiasa berfikir positif ialah hitunglah kesyukuran(nikmat) dan jangan dihitung kesukaran!

7. Setiap hari setelah selesai urusan kita berhadapan dengan pelbagai karenah manusia dalam berdakwah ni, kembalilah kepada Allah memohon bekalan daripadaNya sbgai contoh Qiyamulail. Supaya dapat menghadapi hari berikutnya dengan penuh kekuatan.

Moga2 mendapat manfaat, baik yang memberi mahupun yang menerima. Amin…