Thursday 16 March 2017

Anakku Tantrum???

Astaghfirullahal'azim...

Malam tadi, Mus'ab terbatuk time tidur. Then muntah. Lepas tu terus dia menangis menjerit2.. Lama...lama sangat... Adik dia pun turut terjaga dan menangis....

Sehinggakan aku terfikir kena rasuk ke dia ni?!!! Bermacam2 cara dipujuk tak juga mahu berhenti. Then aku pangku dia baru dia rasa tenang sambil aku buka bacaan mathurat. Adik pula menangis sebab nak susu... Tapi aku perlu tenangkan Mus'ab dulu. Bila aku nak letak dia di tempat baring, dia tak nak... Then aku bagilah tengok video Didi n Fren serta lagu2 kanak2 yg aku save offline di You Tube. Dapatlah aku susukan adik dia..dan biarkan dia tengok video dan tertidur. Bila dia dah tidur, suami aku pun alihkan fon tu ke tempat lain.

Pukul 3lebih pagi tu dia terjaga lagi... Menangis jerit2 macam tadi. Adik pun juga terjaga. Huuu aku dah sampai rasa stress! Biar betul tantrum pagi2 buta macam ni!! Sebab tu aku terfikir dia ni kena 'kacau' ke? Ada la juga rasa bersalah tak baca alQuran kat rumah tapi nak buat macam mana aku tengah tak boleh solat..
Kali ni pujuk tengok video tak jalan!! Tidurkan lagi di pangkuan then rasa dia dia macam da tidor baru letak kat tempat baring. Masa di pangkuan tu diq minumlah susu yang mula2 dah buat tadi tapi dia tak nak mula2 tu.

Pelik! Dia start tantrum teruk baru ni masa kitorang kat Langkawi. Then bila balik ke rumah dari holiday tu dia baik.. Kembali normal... Tapi malam tadi he started it again...

Whoaa serius...boleh tercabut kesabaran...
Aku nak p study lagi pasal tantrum. Doakan aku ye... Bye..tq baca =')

Monday 16 January 2017

Please be Strong oh myself!

Ya Allah moga aku terus kuat untuk sentiasa berbaik sangka dan bersikap positif dengan kehidupan yang sedang aku tempuhi ketika ini.

Alhamdulillah aku bahagia dengan perkahwinan ku.. Cuma untuk pencapaian diri sendiri aku masih tak berpuas hati. Suri rumah sepenuh masa bukan jiwa aku.

Aku nak jadi seorang yang menjadi rujukan orang lain dengan kepakaran yang aku miliki. Aku nak bantu orang lain dengan cara berkongsi ilmu dan khidmat aku.

Kata2 dalam imej foto ini menenangkan seketika buat diri ini. Semoga diriku sentiasa berupaya melihat hikmah2 daripadaNya.....