Thursday, 31 May 2012

KEMANISAN ALI-IMRAN & AL-INSYIRAH


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah di atas nikmat dan kasih sayang Allah aku masih berada di atas Jalan Dakwah.  Bersyukur kepada Allah di atas nikmat yang sangat agung iaitu masih lagi dalam keadaan Muslim dan Mu’min. Yang mana kukira masih ramai lagi insan di luar sana yang belum ketemu dengan hidayahNya, yang masih lagi tidak peduli kepada kebenaran2, yang masih lagi berada dalam lorong kegelapan walaupun sudah ada lorong cahaya tapi dia tidak mahu mengikutinya wa imma kejahilannya ataupun kedegilannya.
Mala mini, terasa satu penangan selepas sesi usrah tadi. Tadabbur surah ali-Imran ayat 133-148, dan kupasan Tafsir fi Zilal surah al-Insyirah.

Apa yang boleh kukongsikan?

Daripada surah ali-Imran ayat 133-148:

1. Allah sangat suka kepada hambaNya yang selalu memohon keampunan. Diibaratkan kegembiraan Allah itu seperti seseorang yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian dia ketemu kembali dengan unta tersebut. Alangkah gembiranya dia! Begitulah sikap Allah terhadap hambaNya yang selalu memohon keampunan,malahan lebih gembira daripada orang yang hilang unta tadi.

2.  Allah sangat2 menepati tuntutan psikologi hamba2Nya. Kita tahu dalam al-Quran ada disebut ‘fastabiqul khairat’ bermakna berlumba2lah kamu ke arah kebaikan. Itu adalah sudut yang positif. Manakala pada sudut yang negatif Allah  tidak berkata berlumba2lah kamu dalam meninggalkan kejahatan, tetapi Dia berfirman supaya ‘wa saari’uu ila maghfirah mirrabikum ’ iaitu bersegeralah kamu mencari keampunan daripada TuhanMu. Kerna Dia tahu kita ini sentiasa tak kan terlepas daripada dosa, jadi penghapus kepada  dosa2 yang kita lakukan adalah dengan sentiasa memohon keampunan.

3. Janganlah merasa terhina atau lemah dan bersedih di atas kekalahan di dalam perang Uhud wahai tentera muslimin! Sebab kamulah yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman.  Kalah bukan bermaksud tentera muslimin terhina! Segala yang berlaku pasti ada pengajaran yang Allah mahu hamba2Nya ambil iktibar. Disebabkan tidak mengikuti arahan Baginda saw, supaya tak meninggalkan kawasan, dek kerana hendakkan harta, mereka tidak menuruti arahan Nabi Muhammad saw, akhirnya kekalahan menimpa mereka. Walaubagaimanapun Allah memujuk dengan berkata jangan berasa terhina dan bersedih, sebab kita orang beriman ni punyai darjat yang tinggi di sisi Allah. Adakah anugerah lain yang lebih berharga daripada pengiktirafan Allah ini?!

4. Iktibar lain dari Perang Uhud adalah pertolongan Allah itu datang bersesuaian dengan usaha para hambaNya. Seandainya mereka bersabar dalam menuruti arahan baginda, kemungkinan besar kemenangan berpihak kepada muslimin. Begitulah kita contohnya yang sedang menghadapi peperiksaan ni, Allah akan bantu kita bersesuaian dengan usaha yang kita lakukan. Malahan pernah je kan banyak kali terjadi yang Allah beri kita sesuatu lebih daripada apa yang kita usahakan?! Itulah nikmat Allah yang takkan pernah berkurang walaupun Dia bagi amat banyak kepada para hambaNya.

5. Hendak masuk syurga Allah itu bukan setakat omongan kosong, adakah kita benar2 sudah berjihad dan benar2 sudah bersabar?

6. Balasan yang baik kepada orang2 yang bersyukur dan dicintai oleh Allah bagi orang2 yang bersabar dan membuat kebaikan.

Daripada kupasan Tafsir surah al-Insyirah:

1. Bebanan dakwah yang dipikul oleh Rasulullah saw adalah suatu yang amat berat.

2. Kemuncak ujian untuk Baginda dalam berdakwah adalah ketika peristiwa di Thaif, Baginda tidak mendapt perlindungan orang2 di sana malahan dibaling batu sehingga berdarah. –Tapi Baginda tidak berdendam kepada mereka-

3. Dakwah yang kita jalankan ini, mungkin ada yang merasakan ianya sudah jadi sebagai satu rutin. Rutin itu adalah suatu perkara yang dah selalu sangat kita buat kan? Begitulah dengan dakwah, ianya adalah kerja kita setiap hari, tapi apa yang membezakan ialah perasaan kita sama ada berat ataupun ringan dalam melaksanakan dakwah. Seandainya kita melakukan dakwah dengan penuh passionate, kita akan merasa ringan dengan bebanan2 yang dipikul di atas Jalan Dakwah. Sepertimana kita sangat2 berminat dengan kerja kita sekarang contohnya sebagai seorang doktor, walaupun nampak seolah2 seperti hidup mereka tu tiada kerehatan yang cukup, tetapi mereka yang sangat berminat dengan kerjayanya ini, takkan merasa sangat terbeban dan takkan merasa sangat lelah sebab dia melakukan sesuatu yang dia enjoy!

4. Andai kita sering terasa beban dengan dakwah??? Ini tak bermakna kita kena berhenti daripada melakukan dakwah. Even Rasulullah saw sendiri merasa bebanan yang lebih teruk daripada kita. Pokoknya, teruskan sahaja! Sambil terus muhasabah diri di manakah kekurangan2 kita sehingga kita rasa dakwah ni sangat2 membebankan? Nak tau tak? Dengan berdakwah, ini pun menunjukkan salah satu sifat kesyukuran kita kepada Allah. Allah dah beri banyakkkkk nikmat, apa lagi yang kita mahukan???

5. Sesuatu yang berat, akan terasa ringan bila dikurniakan nikmat lapang dada oleh Allah swt. Moga kita diberi nikmat itu selalu.

6. Allah dah janji setiap kesukaran pasti akan ada kesenangan.  Antara cara untuk kita sentiasa berfikir positif ialah hitunglah kesyukuran(nikmat) dan jangan dihitung kesukaran!

7. Setiap hari setelah selesai urusan kita berhadapan dengan pelbagai karenah manusia dalam berdakwah ni, kembalilah kepada Allah memohon bekalan daripadaNya sbgai contoh Qiyamulail. Supaya dapat menghadapi hari berikutnya dengan penuh kekuatan.

Moga2 mendapat manfaat, baik yang memberi mahupun yang menerima. Amin…

Friday, 14 October 2011

Qiyam adalah Bekalan


Di saat hati merasa sedikit kegersangan, sedang jasad tetap bergerak,
Alhamdulillah Allah menyentuh semula hatiku
Melalui qiyam & tazkirah yang isinya menyentuh tentang
‘lambung jauh dari tempat tidur kerana beribadah di waktu malam’

Tersentuh hati ini apabila pentazkirah berkata
Tentang keletihan dan kelelahan sehari2an
Diri kita yang sibuk dengan study, dakwah, masalah orang lain
Tapi tidak gunakan formula yang Allah dah sediakan ini
Iaitu Qiyamullail
Di saat inilah kita mesti merintih,meluahkan segala yang terbuku di hati…

Refleks juga kepada diri ini
Yang kadangkala agak sukar hendak meluahkan segala yang terbuku di hati kepadaNya
Kerana tidak pandai menyusun ayat
Dan kadangkala merasa segan kerana asyik nak mengeluh….

Walhal Allah suka pada hamba2Nya yang merintih kepadaNya
(uh~ mngapakah aku lupa pada yang ini?)

“ Lambung-lambung badan mereka renggang dari tempat tidur (kerana bangun mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal soleh), sambil berdoa kepada Tuhan mereka dalam keadaan takut (kepada azabNya) dan sangat inginkan (keredhaanNya).  Mereka juga membelanjakan (ke jalan Allah) sebahagian daripada apa yang Kami berikan kepada mereka.
Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu-persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (daripada segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang telah mereka kerjakan.”
( As-Sajadah: 16-17)



Sunday, 25 September 2011

Semoga Allah mempertemukan kita dengan insan yang betul.

Bismillahirrahmanirrahim

Semoga Allah mempertemukan kita dengan insan yang betul.

Ya Allah, jangan kau biarkan kami dikaburi oleh
paras rupa, harta, pangkat dan kehebatan seseorang

Ya Allah, berikan kami kekuatan jiwa untuk benar2
meletakkan agama sebagai kriteria yang paling utama

Ya Allah, jangan biarkan kami tertipu oleh nilai2 duniawi

Ya Allah kami takut bertemu dengan orang yang salah.

Ya Allah Kau Maha Tahu yang terbaik untuk kami
Maka sabarkanlah kami, ya Allah!

Ya Rahman,Ya Rahim
jauhkanlah kami dari menjadi bahan fitnah.

Ya Allah kami bermohon dengan sangat2
agar tidak dibebani oleh ujian yang tidak sanggup kami pikul

Ya Allah jangan biarkan kami menzalimi orang lain
dan jangan juga biarkan kami menzalimi diri kami sendiri

Tolong kami Ya Allah, sesungguhnya kami tidak tau apa yang
akan berlaku pada esok hari
Kami memohon yang baik daripadaMu

Ya Allah rendahkanlah hati kami
Jauhilah kami dari sifat2 mazmumah
Suburkanlah jiwa2 kami dengan sifat2 mahmudah

Kuatkanlah kami Ya Allah....
Untuk terus melangkah....dan melangkah...
Menuju redhaMu, Ya Rabbal 'Alamin.

Amin....

Sunday, 4 September 2011

Bicara Hati 1

Bismillahirrahmanirrahim.

Tiada bicara panjang buat ketika ini
Hanya coretan untuk muhasabah diri.
Melihat sekeliling kadangkala rasa gembira
Melihat sekeliling kadangkala rasa sedih

Kutarik pandanganku,merenung kepada diri sendiri
Ku tanya diriku mengapa aku di sini
Mengapa keadaanku begini
Erm...kurang bersyukur nampaknya....

Berkali-kali ku bisikkan sekuatnya ke dalam hatiku
Allah Maha Tahu yang terbaik untukku
Dia menjadikan keadaanku masih begini
Mungkin kerana aku masih lagi belum benar2 dapat menyingkap
hikmah yang Dia Mahu
Hikmah yang Dia sudah sediakan untukku. (Ya Allah...tunjukkanlah padaku.)

Seringkali berlaku, ku dapat apa yang tak pernah ku terfikir
Tapi tidak pula ku dapat perkara yang ku mahu, yang ku impi
Mungkin inilah...sebenarnya banyak yang Allah nak ajar padaku
Tapi kadangkala ku tak mampu menyingkap hikmah yang Dia Mahu

Aku berdoa agar diri ini terus bersabar dan belajar bersyukur
Bersabar dan bersyukur terhadap segala nikmat kurniaanNya
Yang datangnya kepadaku dengan sebenar-benar yang dimaksudkan
sebagai nikmat
Ataupun yang datangnya kepadaku berbentuk ujian yang juga sebenarnya
adalah nikmat....

Wallahua'lam.

Wednesday, 20 July 2011

KAIN PUTIH


Bismillahirrahmanirrahim

Sabda Rasulullah saw: “Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih). Maka ibubapanyalah yang akan membentuknya menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi”




Pengalaman kali ke dua mengajar di Tabika. Berhadapan dengan kanak2 yang berbeza dan perangai2 yang berbeza.
Kali ini saya lebih mahu mengerti dan memahami mereka serta mahu lebih berSABAR dgn mereka…

Jika dulu,pengalaman pertama saya mengajar kanak2 tabika hanya kerana mahu menimba pengalaman, dan membuat part-time (sebelum masuk uia), kini saya rasakan suatu perbezaan.

Jika dulu, saya hanya memberi tugasan kepada mereka, tanpa ada usaha pun untuk mengenali sekurangnya  50% daripada jumlah pelajar di situ,kini saya mahu buat satu perubahan yang baik.

Ye sudah tentu saya risau syllabus yang diberi tak dapat saya sempurnakan dengan baik, tapi saya mahu kenal & faham perangai mereka. Serta melayani mereka sekadar yang saya mampu. Dan berSABAR sudah tentu.

Bila saya bertanya-tanya…..cikgu memang menyatakan bahawa kanak2 sekarang ni agresif. Memang bercakap tak berhenti…bermain-main….bergaduh…. (^_^’)

Cuba ingat2 balik…dulu kitorang nakal macam ni tak?? heheh….

Faktanya memang cikgu kata kanak2 zaman ni sangatlah berbeza…. Cikgu saya ni dah mengajar di tabika ni sebelum saya sendiri bersekolah tabika….Hampir 20 tahun lebih! Still lagi mengajar di tabika sini…


Bila membaca balik hadith di atas…. Mungkin ini boleh dijadikan sebagai sumber motivasi. Walaupun saya & cikgu bukanlah ibu-bapa mereka, tapi kami juga bertanggungjawab mencorakkan mereka. Kain putih ini ada banyak tangan yang akan mewarnakannya….

Bila mahu mewarnakan mereka dgn warna yg baik….makanya saya harus terus berSABAR, trus SENYUM, (kalau marah pun jangan pukul mereka,dan kena cepat2 cool), meMUJI mereka bila mereka buat kerja yang diberi (bagi bintang banyak2…hehe)…… Jika ada yang bergaduh, nasihat mereka,(suara kena kuat,sbb suara kanak2 yg bising ni sgtlah kuat hingga menenggelamkan suara cikgu mereka….)…..

I’m still in the process of learning….

Mereka tak boleh dimarah secara kasar dan dipukul dengan teruk hanya kerana mereka tak nak duduk diam,tak nak dengar cakap kita…….
InsyaAllah tindak balas yang berhikmah akan melembutkan hati mereka dan moga-moga mereka dapat diwarnakan dengan baik walaupun tidak 24jam bersama mereka.

Byk lagi keistimewaan yang ada pada mereka yang boleh dilihat dan dipuji berbanding kenakalan mereka. Dengan itu moga mereka akan hargai pujian kita terhadap mereka dan insyaAllah mereka akan bersemangat untuk terus melakukan perkara yang kita puji itu. ^_^

Thursday, 7 July 2011

PILIHAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Seringkali kita merasa tertekan dengan tekanan2 hidup.

Tapi itulah yang membuatkan diri kita benar2 hidup andai kita memilih untuk berdepan dengan tekanan2 tersebut dan cuba sedaya upaya bersikap positif terhadapnya.

Cara kita menghadapi tekanan hidup memberi impak kepada diri kita.

Sememangnya lari atau mendiamkan diri, tidak akan membantu apa-apa kerana kita tak nak cuba menyelesaikannya.

Seperti Matematik, andai kita membiarkan kosong ruang jawapan 1 tambah 1, maka selagi kita tak cuba untuk menyelesaikan pengiraan tersebut ianya akan kosong sebegitu sahaja.

Kalau tak nak belajar sampai bila2 pun tak tahu…..

Kita akan jadi statik,dan mungkin akan jadi lebih teruk lagi.

Seperti pohon yang terbantut tumbesarannya,akhirnya mati……………..



Seringkali kita melihat mereka yang sangat positif,melalui kata2nya,gerak kerjanya, hingga membuatkan kita rasa segan dan mahu jadi sepertinya.

Ya,bukan mudah mengubah diri yang ada sekarang ini kepada yang lebih baik.

Tapi antara menjadi celaka atau mahu jadi orang yang beruntung, pilihan terletak di atas tangan kita!

Boleh jadi kita melihat mereka yang positif,membuatkan kita semakin melemah semangat.. itu pesimis!

Boleh jadi dan mesti jadi bila kita melihat mereka yang seringkali positif dalam hidupnya dan sentiasa bersemangat, kita mahu menjadi seperti mereka! Kerana kita akan rasa lebih hidup! Pilihlah untuk optimis!



Memang Allah jadikan setiap kita ni berbeza-beza. Supaya kita mengamati keadaan sekeliling dan mengambil yang baik,serta meninggalkan yang buruk2 yang Allah tak suka!



Terkadang kita merasa jeles terhadap kelebihan seseorang. Kita tak tahu kelebihan apa yang kita ada. Hinggakan kita rasa kita tak punyai apa2 kelebihan….

Janganlah bersedih…janganlah berputus asa… Mungkin Allah belum nak tunjukkannnya lagi…

Apa yang kita boleh lakukan buat masa ini, teruslah berusaha semampunya menjalankan apa yang disuruh Allah dan menjauhi laranganNya….yang penting kita dalam kerangka ikhlas kerana Allah Ta’ala…. Mungkin Allah tak nampakkan lagi kelebihan kita tu kerana mungkin kita akan ujub atau riya’ dengan kelebihan tersebut… Dia Maha Tahu…bila tiba waktu yang terbaik Dia pasti akan singkapkan kelebihan kita itu…..



Tapi…tidak bermakna kita kena berdiam je. Berdoalah pada Allah agar tunjukkan kelebihan atau kekuatan yang kita ada untuk kita gunakan di jalan yang benar ini yakni dalam kerangka membantu agamaNya!



Apa yang penting Dia menilai dari segi ketakwaan hamba2Nya. Moga kita termasuk dalam golongan hamba2Nya yang Dia pandang dengan penuh rahmat, walaupun pada pandangan diri sendiri atau orang lain tak banyak perkara yang mampu kita tonjolkan dalam membantu agama Allah ini. Kita berada di tahap yang Allah Maha Tahu kita terbaik untuk berada di situ! Tapi walau apapun ujian itu tetap ada….Di tahap mana kita sekarang ini adalah pemberianNya, Dia mahu melihat bagaimanakah keadaan kita? Semakin bersyukur? Semakin banyak muhasabah diri? Semakin tunduk? Semakin tawadhu’? ATAU…….. Semakin bangga? Semakin jauh dariNya?



Fa al hamaha fujuroha wa taqwaha. Qod aflaha man zakkaha. Wa qod khoba man dassaha.

Pilihan di tangan kita. Gunakan akal yang diberiNya dengan sebaiknya!

Thursday, 26 May 2011

Harga Sebuah Perkahwinan

Bismillah.


Saya renung kanak2 itu yang sedang bersarapan. Tiba2 hati sedikit sebak. Saya tak pasti dia mengerti ataupun tidak apa yang sedang berlaku di antara ibu dan ayahnya. “Mak kata kalau nak abah balik semula dalam satu keluarga, kita kena pujuk abah untuk balik semula…..” Kata si kecil itu. Sebelum tu saya tanya dia, “dik, tadi sembahyang doakan abah & mak? Minta kat Allah supaya abah baik semula dgn mak.” Dia sengih dan kata tak…. Ok pasni kalau sembahyang doa macam tu kat Allah ye. Dia sengih dan angguk.
Kemudian menemani dia menunggu van sekolah. Di luar berborak2 tapi dalam hati ni rasa sebak dan kasihan kepadannya….

Mengapa anak2 menjadi mangsa bila berlaku pergaduhan dalam rumahtangga? Mengapa bila anda bergaduh, anda lupa yang anda punyai anak2…. Antara persoalan2 yang mendesak dalam diri saya dan mungkin juga kebanyakan orang lain…. Emosi….emosi bila mengatasi rasional, beginilah jadinya.

Tulisan ini bukan nak mem’blame’ sesiapa tapi ini hanyalah sedikit perkongsian pengalaman dari saya dan sedikit pandangan dari saya yang hidup pun baru berapa tahun sangatlah di muka bumi ini… Selain mengajak pembaca sama2 berfikir, diri saya yang paling utama, supaya mendapat nasihat dari penulisan ini….

“Perkahwinan adalah sebuah ikatan perjanjian dengan Tuhan yang kita berjanji akan membahagiakan pasangan kita” satu kata2 yang membuatkan saya tersentuh apabila menyelak sebuah majalah. (lebih kurang maksudnya macam tu)

Niat 

Apabila berlaku krisis dalam rumahtangga, masing2 tak mahu mengalah, masing2 tak mahu tundukkan ego… cuba muhasabah semula apa niat awal hendak mendirikan rumahtangga… jika kecantikan/kehenseman dipertaruhkan, maka cinta pun turut pudar beserta pudarnya kecantikan/kehenseman pasangan tersebut. Jika kekayaan yang menjadi taruhan maka pasangan akan stress untuk memastikan kekayaan sentiasa ada supaya pasangan tak beralih arah. Tapi jika kekayaan sudah semakin susut, maka cinta antara mereka juga semakin susut. Jika glamor menjadi taruhan, maka cinta akan pudar dengan pudarnya glamorama pasangan….

Kalau niat dari awal dah tak betul dan tak jelas, jadi bila berlaku krisis rumahtangga, tiada pertimbangan… Tapi adakah ini bermaksud dah terlambat untuk memperbetulkan niat? Pastinya tak, bila berlaku krisis ni, ni maknanya Allah sedang tegur… Allah sedang membuka peluang untuk pasangan kembali muhasabah dan betulkan niat… Bukan cerai sebagai kata putus! Itupun disediakan tempoh rujuk bagi pasangan supaya dapat muhasabah semula…

Sebab tu kriteria utama yang disarankan oleh Rasulullah saw meletakkan agama sebagai ciri utama dalam memilih pasangan. Apabila mengikut petunjuk ini bermakna kita redha dengan apa yang digariskan oleh Allah swt. Pastinya terkandung hikmah mengapa agama menjadi ciri yang utama dalam memilih pasangan. Orang yang ikhlas dalam agama adalah orang yang ikhlas dalam melakukan ketaatan kepada Allah dan menjauhi larangannya. Jadi dalam setiap pertimbangan yang nak dibuat dalam  hidupnya, dia akan memikirkan redha Allah yang pertama sebagai penimbangnya. Bila rasa nak marah dengan isteri, dia akan fikir adakah Allah suka dengan apa yang akan dia lakukan? Dan kalau nak marah pun, marah yang bagaimanakah yang tak melampau yang dibenarkan dalam agama? Sebelum nak marah, adakah dia dah benar2 siasat perkara yang dia nak marah pada isteri? Nasihat Allah berkenaan jangan menerima berita dari orang2 fasik, akan terngiang di telinganya, lantas membolehkannya berfikir dan bertindak secara rasional…

Bila agama tidak menjadi benteng kepada seseorang, orang yang dikuasai nafsu dan emosi melulu akan lupa bahawa isterinya adalah seorang perempuan yang lemah…lantas sepak terajang menjadi ugutan, menjadi ancaman kepada isteri yang lemah…yang telah bersusah-payah dan berkorban serta bertarung nyawa melahirkan anak2 mereka…. Semua itu mudah dilupakan apabila tidak meletakkan redha Allah dalam membuat pertimbangan!

Allahuakbar! Mungkin inilah yang menjadi punca utama kepada keruntuhan rumahtangga muslim.
Andai pasangan sama2 meletakkan agama  sebagai ciri yang utama dalam memilih teman hidup, insyaAllah sepanjang melayari bahtera rumahtangga, redha Allah sentiasa diutamakan. Bila keluar bekerja masing2 akan menjaga maruah kerana itulah yang disuruh Allah, bila berbicara sesama sendiri, berbicara dengan nada yang sepatutnya dan saling menghormati kerana itulah yang disuruh Allah, bila suami keluar out station, isteri di rumah menjaga harta suami dan menjaga maruah diri kerana itulah yang disuruh Allah, bila berselisih faham masing2 akan cuba rasional dan berbincang dengan elok kerana itulah yang disuruh Allah. Tenang rasanya bila meletakkan redha Allah sebagai penimbangnya. :)

Agama

Ketika dalam perjalanan menuju ke tempat program sabtu lepas berbicara sedikit mengenai rumahtangga muslim atau dikenali sebagai baitul muslim di kalangan ahli tarbiyah. Nilai tambah tentang agama yang perlu ada di kalangan ahli tarbiyah, saya berpendapat adalah fikrahnya. Sejauh mana matlamatnya dalam memperjuangkan agama Allah ini, dan di tahap manakah fikrahnya setakat ini menjadi antara ciri2 yang boleh dititik beratkan oleh ahli tarbiyah. Tertarik dengan kata2 di dalam buku Murabbiyah Sukses “ Kesuksesan kita bukan bergantung kepada suami kita”  (antara maksudnya). Untuk mujahidah… mari kita sama2 perbaharui niat, berusaha menjadikan perjuangan agama Allah ini sebagai yang utama, supaya jika badai melanda rumahtangga, kita ingat kembali bahawa hidup kita ni adalah untuk memperjuangkan agama Allah dan kita tak goyah terlalu lama disebabkan goyanhnya rumahtangga…. Apa2 pun na’uzubillahi minzalik…

Harga sebuah perkahwinan bukan terletak pada mas kahwinnya, bukan terletak pada betapa banyak hantarannya tapi harga yang perlu dibayar bagi sebuah perkahwinan adalah komitmen sepanjang hayat, tanggungjawab bersama sepanjang hayat, pengorbanan suka dan duka sepanjang hayat, perkongsian sepanjang hayat dan apa2 yang relevan sepanjang hayat… ;p.

-sekadar luahan rasa & pandangan...not binding at all upon this blog's readers- 

Wallahua’lam….