Thursday 26 May 2011

Harga Sebuah Perkahwinan

Bismillah.


Saya renung kanak2 itu yang sedang bersarapan. Tiba2 hati sedikit sebak. Saya tak pasti dia mengerti ataupun tidak apa yang sedang berlaku di antara ibu dan ayahnya. “Mak kata kalau nak abah balik semula dalam satu keluarga, kita kena pujuk abah untuk balik semula…..” Kata si kecil itu. Sebelum tu saya tanya dia, “dik, tadi sembahyang doakan abah & mak? Minta kat Allah supaya abah baik semula dgn mak.” Dia sengih dan kata tak…. Ok pasni kalau sembahyang doa macam tu kat Allah ye. Dia sengih dan angguk.
Kemudian menemani dia menunggu van sekolah. Di luar berborak2 tapi dalam hati ni rasa sebak dan kasihan kepadannya….

Mengapa anak2 menjadi mangsa bila berlaku pergaduhan dalam rumahtangga? Mengapa bila anda bergaduh, anda lupa yang anda punyai anak2…. Antara persoalan2 yang mendesak dalam diri saya dan mungkin juga kebanyakan orang lain…. Emosi….emosi bila mengatasi rasional, beginilah jadinya.

Tulisan ini bukan nak mem’blame’ sesiapa tapi ini hanyalah sedikit perkongsian pengalaman dari saya dan sedikit pandangan dari saya yang hidup pun baru berapa tahun sangatlah di muka bumi ini… Selain mengajak pembaca sama2 berfikir, diri saya yang paling utama, supaya mendapat nasihat dari penulisan ini….

“Perkahwinan adalah sebuah ikatan perjanjian dengan Tuhan yang kita berjanji akan membahagiakan pasangan kita” satu kata2 yang membuatkan saya tersentuh apabila menyelak sebuah majalah. (lebih kurang maksudnya macam tu)

Niat 

Apabila berlaku krisis dalam rumahtangga, masing2 tak mahu mengalah, masing2 tak mahu tundukkan ego… cuba muhasabah semula apa niat awal hendak mendirikan rumahtangga… jika kecantikan/kehenseman dipertaruhkan, maka cinta pun turut pudar beserta pudarnya kecantikan/kehenseman pasangan tersebut. Jika kekayaan yang menjadi taruhan maka pasangan akan stress untuk memastikan kekayaan sentiasa ada supaya pasangan tak beralih arah. Tapi jika kekayaan sudah semakin susut, maka cinta antara mereka juga semakin susut. Jika glamor menjadi taruhan, maka cinta akan pudar dengan pudarnya glamorama pasangan….

Kalau niat dari awal dah tak betul dan tak jelas, jadi bila berlaku krisis rumahtangga, tiada pertimbangan… Tapi adakah ini bermaksud dah terlambat untuk memperbetulkan niat? Pastinya tak, bila berlaku krisis ni, ni maknanya Allah sedang tegur… Allah sedang membuka peluang untuk pasangan kembali muhasabah dan betulkan niat… Bukan cerai sebagai kata putus! Itupun disediakan tempoh rujuk bagi pasangan supaya dapat muhasabah semula…

Sebab tu kriteria utama yang disarankan oleh Rasulullah saw meletakkan agama sebagai ciri utama dalam memilih pasangan. Apabila mengikut petunjuk ini bermakna kita redha dengan apa yang digariskan oleh Allah swt. Pastinya terkandung hikmah mengapa agama menjadi ciri yang utama dalam memilih pasangan. Orang yang ikhlas dalam agama adalah orang yang ikhlas dalam melakukan ketaatan kepada Allah dan menjauhi larangannya. Jadi dalam setiap pertimbangan yang nak dibuat dalam  hidupnya, dia akan memikirkan redha Allah yang pertama sebagai penimbangnya. Bila rasa nak marah dengan isteri, dia akan fikir adakah Allah suka dengan apa yang akan dia lakukan? Dan kalau nak marah pun, marah yang bagaimanakah yang tak melampau yang dibenarkan dalam agama? Sebelum nak marah, adakah dia dah benar2 siasat perkara yang dia nak marah pada isteri? Nasihat Allah berkenaan jangan menerima berita dari orang2 fasik, akan terngiang di telinganya, lantas membolehkannya berfikir dan bertindak secara rasional…

Bila agama tidak menjadi benteng kepada seseorang, orang yang dikuasai nafsu dan emosi melulu akan lupa bahawa isterinya adalah seorang perempuan yang lemah…lantas sepak terajang menjadi ugutan, menjadi ancaman kepada isteri yang lemah…yang telah bersusah-payah dan berkorban serta bertarung nyawa melahirkan anak2 mereka…. Semua itu mudah dilupakan apabila tidak meletakkan redha Allah dalam membuat pertimbangan!

Allahuakbar! Mungkin inilah yang menjadi punca utama kepada keruntuhan rumahtangga muslim.
Andai pasangan sama2 meletakkan agama  sebagai ciri yang utama dalam memilih teman hidup, insyaAllah sepanjang melayari bahtera rumahtangga, redha Allah sentiasa diutamakan. Bila keluar bekerja masing2 akan menjaga maruah kerana itulah yang disuruh Allah, bila berbicara sesama sendiri, berbicara dengan nada yang sepatutnya dan saling menghormati kerana itulah yang disuruh Allah, bila suami keluar out station, isteri di rumah menjaga harta suami dan menjaga maruah diri kerana itulah yang disuruh Allah, bila berselisih faham masing2 akan cuba rasional dan berbincang dengan elok kerana itulah yang disuruh Allah. Tenang rasanya bila meletakkan redha Allah sebagai penimbangnya. :)

Agama

Ketika dalam perjalanan menuju ke tempat program sabtu lepas berbicara sedikit mengenai rumahtangga muslim atau dikenali sebagai baitul muslim di kalangan ahli tarbiyah. Nilai tambah tentang agama yang perlu ada di kalangan ahli tarbiyah, saya berpendapat adalah fikrahnya. Sejauh mana matlamatnya dalam memperjuangkan agama Allah ini, dan di tahap manakah fikrahnya setakat ini menjadi antara ciri2 yang boleh dititik beratkan oleh ahli tarbiyah. Tertarik dengan kata2 di dalam buku Murabbiyah Sukses “ Kesuksesan kita bukan bergantung kepada suami kita”  (antara maksudnya). Untuk mujahidah… mari kita sama2 perbaharui niat, berusaha menjadikan perjuangan agama Allah ini sebagai yang utama, supaya jika badai melanda rumahtangga, kita ingat kembali bahawa hidup kita ni adalah untuk memperjuangkan agama Allah dan kita tak goyah terlalu lama disebabkan goyanhnya rumahtangga…. Apa2 pun na’uzubillahi minzalik…

Harga sebuah perkahwinan bukan terletak pada mas kahwinnya, bukan terletak pada betapa banyak hantarannya tapi harga yang perlu dibayar bagi sebuah perkahwinan adalah komitmen sepanjang hayat, tanggungjawab bersama sepanjang hayat, pengorbanan suka dan duka sepanjang hayat, perkongsian sepanjang hayat dan apa2 yang relevan sepanjang hayat… ;p.

-sekadar luahan rasa & pandangan...not binding at all upon this blog's readers- 

Wallahua’lam….

Friday 20 May 2011

Bersegeralah dalam Melaksanakan Kebaikan

Bismillah.

"Berlumba-lumbalah dalam melakukan kebaikan." Banyak ayat al-Quran yang menyarankan kita berbuat demikian. Antaranya:
" Dan setiap umat mempunyai kiblat yang dia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan....." [al-Baqarah; 2:148]

"....Kami berikan aturan & jalan yang terang. Kalau Allah mengehendaki, niscaya kamu dijadikannya satu umat sahaja, tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap kurnia yang telah diberikanNya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan....." [al-Maidah; 5:48]

Dan dijanjikan kepada kita ganjaran syurga seluas langit & bumi! 
" Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya......." [al-Hadid; 57:21]

Luaskan! Sangat Luas! Subhanallah! 

Wahai diri! Wahai sahabat2ku! Wahai para penyinggah blog yang tak ‘top’ ni! Hehe… Jom2 kita cek diri kita sejak kebelakangan ni. Terutamanya kalau kamu adalah pelajar UIA, yang bercuti awal dari universiti2 lain. Rasanya dah nak sebulan lebih kita bercuti terutamanya yang tak mengambil semester pendek. Jom tanya pada diri kita, adakah kita sedang berkejar-kejaran dalam melakukan kebaikan sekarang ni? Melakukan  kebaikan pada diri dan kebaikan kepada orang lain….. Semak semula ayat2 di atas…janji Allah kepada kita…tak tergiurkah???

Tangan yang menaip ini sebenarnya sedang memberi tazkirah kepada diri sendiri. Moga kamu yang sedang membaca juga mendapat manfaatnya. Pernahkah kamu rasa tak termotivasi dalam melakukan kebaikan bila keseorangan? Saya mengalaminya… Benarlah bila kita sudah terbiasa dengan tempat yang selesa, punyai sahabat2 yang soleh solehah dekat sekeliling kita, kita rasa kuat! Kita rasa semangat! Kita di sini adalah saya ataupun termasuklah saya.

Tapi bila kita bersendirian, kita tak tahu bagaimana nak mula, dan di manakah punca kekuatan yang kita boleh cari sebagai pemangkin supaya kita bergerak melakukan kebaikan. Masa semakin suntuk, perlukah kita menunggu seseorang untuk sama2 bergerak dengan kita? Sedikit isi dari buku Detik2 Masa dalam Kehidupan Muslim.... janganlah merasa malu & segan dalam bersegera berbuat kebaikan, sebab boleh jadi jika kita bertangguh mungkin kita tak sempat langsung melakukannya disebabkan nyawa kita diambil. Na’uzubillah….

Berbicaralah dgn Allah, minta kekuatan daripadaNya untuk kita bergerak melakukan kebaikan. Mulakanlah, kita yang perlu mencari bukan menanti seseorang datang untuk bersama kita berjuang melakukan kebaikan, kerna boleh jadi jika kita menanti orang itu, mungkin kita tak sempat melakukan kebaikan tersebut. Dan redholah dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita, mungkin di sini tak ramai orang seperti kita sepertimana kita berada di kampus, jangan berputus asa. Di sini, Allah hendak mengajarkan sesuatu pada kita. Jika dakwah ini hanyalah keselesaan senantiasa yang kita dambakan, itu bukanlah dakwah! Dakwah menuntut pengorbanan!

Sekali lagi, mari kita berlumba2 dalam mengerjakan kebaikan, dan dalam amal dakwah & tarbiyyah. Inilah masanya Allah menguji kita setakat manakah kesan tarbiyyah yang kita dapat selama ini bisa membuatkan kita still survive walau tak seselesa seperti di kampus! Adakah laungan kita yang berdegar-degar di kampus, bisa diteruskan di sini? Adakah semangat kita menghadiri usrah seminggu sekali bisa dilaksanakan di sini? Adakah benar kita cinta kepada islam? Andai kita cinta kpd islam di mana-manapun kita akan bersusah payah utk sentiasa hidup di kalangan mereka yang mencintai kebaikan. Kita ketepikan rasa malas dan segan kerana rasa itu akan memakan masa kita yang mana tiada jaminannya adakah kita sempat berbuat kebaikan tersebut ataupun tidak jika kita biarkan rasa malas dan segan menguasai diri! Na’uzubillah….

Sekadar peringatan bersama. ^_^ Moga Allah kuatkan kita semua ya! 

Friday 6 May 2011

Yang Manis di ERAT '11

Bismillah.

Perasaan yang bercampur baur sepanjang ERAT 2011 berjalan selama 3 hari. Antara seronok sebab saya memang suka bergaul dengan adik2.. dan takut sebab 4 mei keluar keputusan peperiksaan.. kononya nak tengok lepas habis program, tapi 5 mei pagi dah tengok sebab tak boleh tahan dah perasaan dan lebih2 lagi sahabat2 yang lain pun tengok jugak... Alhamdulillah...saya boleh melangkah ke tahun 5 bulan 9 ni...

Macam-macam perangai adik2 ni...saya terusik melihat perangai majoriti adik2 lelaki.. ramai yang berpenampilan macam 'ganas2' je..hehe... biasalah penampilan remaja sekarang... tapi bila present cakap pasal dakwah! wahh!! hebat2!!! cool!!!

Saya fasi kepada kumpulan Mimosa Pudica! kelakar betul masa mula2 nak cari nama kumpulan... macam2 keluar,last2 alhamdulillah nama ni yang kami sepakati. Biasalah...masa mula2 mesti agak sukar adik2 ni nak berkomunikasi antara satu sama lain,lebih2 lagi bila dah bercampur dari pelbagai latar belakang... bukan dari sekolah yang sama... Tapi alhamdulillah... dlm tempoh yang diberikan ramai di kalangan mereka boleh 'participate' walaupun masih ada yang malu2...hehe... Tapi semua jadi tak malu bila nak buat sorakan untuk kumpulan! wah!! alhamdulillah... bagus2.... suka...comel la diorang..... ^___^

Saya tak mahu cerita satu persatu setiap aktiviti di sini. Mungkin bukan sekarang atau mungkin tak cerita langsung... Saya mahu membawa satu cerita yang mungkin boleh kita sama2 muhasabah diri kita daripada cerita ini...

Pada hari ketiga sewaktu penerangan IKRAM & KARISMA, ramai yang sudah keletihan... ada yang dah tertidur-tidur...kasihan adik2 tu...yelah..semalamnya mereka explorace,jadi kepenatan... kemudian usai pembentangan video korporat IKRAM Johor dan  MUDAH 10 UIA.... ada suara: "kak......." saya toleh kanan pandang bawah kepada seorang adik yang sedang mencangkung memandang saya,menangis... Saya panik sikit, sebab saya ingatkan dia sakit..maklumlah sepanjang program tu ada yang cramp kaki, ada yang jatuh kat eskelator, ada yang selesema....

"kenapa ni,dik?" saya bertanya. dia tak jawab,tapi dia terus mengalirkan air mata. Saya bawa dia keluar dewan, berdekatan dapur masjid. Saya tanya lagi, "adik,sakit ke?" dia jawab,"tak..." Saya peluk dia. Dia kata," kak...saya tak mampu nak istiqamah....." Saya terkejut! Satu perkara yang terlintas di hati, walau ada yang mengantuk dengan pembentangan2 tadi...ada jiwa muda yang sedar! Ada jiwa muda yang terasa!

"L....terasa part mana? video tadi ke?" saya tanya. Dia jawab, "semua kak...." Saya masih peluk dia, tanya satu persatu...dia jawab dalam keadann teresak-esak... Dalam fikiran dan hati saya sewaktu tu betapa bertuahnya dia Allah mengetuk pintu hati dia sewaktu dia masih muda lagi... Dia bimbang tak mampu istiqamah di atas jalan dakwah. Dia juga bimbang dengan keadaan dirinya bila pulang ke rumah... Saya faham tiada kekuatan...kerna bi'ah kita tak membantu....lain rasanya bila kita berada dalam bi'ah soleh solehah... kita terasa begitu termotivasi melakukan kebaikan2....

Apa yang mampu saya kongsi....nak istiqamah memang bukan perkara mudah... setiap masa kita akan diuji... kadang2 kita boleh rasa fed-up dgn sahabat2 dakwah kita sendiri yang tidak membantu, selain daripada fed-up dengan mad'u2 yang kita nak tapi tak dapat.... Saya  nasihatkan dia supaya sentiasa berhubung dengan shbtnya yang mengajaknya datang ke program ERAT tersebut... Kena sentiasa share supaya tak rasa keseorangan... Dan berkenaan parents yang sukar hendak beri keizinan dia keluar usrah, buat masa ni cubalah cakap nak keluar berjalan2 dengan sahabatnya tu. Parents dia kenal sahabatnya tu, dan biasanya parents akan percaya bila dia lihat sahabat kita orangnya baik... Perkara ni memang mengambil masa... macam saya juga... dan even sebenarnya ada seorang ukht yang aktif di USIM, siap dah bagi taujih pasal ISK... sampai sekarang parentsnya tak tau yang dia buat kerja2 dakwah ni... Itu yang saya share dengan adik L tadi. Dan saya minta sangat kepada dia supaya teruskan berdoa kepada Allah. Moga2 1 hari nanti parentsnya akan faham.... Itu yang saya mampu katakan sewaktu tu. Saya juga memesan kepadanya kalau ada apa2 contactlah saya, dan saya akan tolong mana yang boleh. :) kami berpelukan sekali lagi sebelum kami hendak kembali ke dewan. Tapi...tak sempat kembali ke dewan...sesi tadi dah habis, adalah beberapa orang adik2 yang macam ternampak kami. huhu....

Alhamdulillah...ada hikmah rupanya mengikuti program ni...hikmah tersebut adalah kepada diri sendiri... buat masa ni bila rasa nak malas2 sikit, teringat kepada jiwa2 muda yang bersemangat! terasa malu... mereka sudah ada mind-setting utk berjuang di atas jalan dakwah,saya... saya harus kuat supaya orang2 yang saya bimbing juga boleh kuat...insyaAllah... sekali lagi...betapa bertuahnya adik L, Allah mengetuk pintu hati dia ketika dia masih muda lagi. Dik, akk doakan moga kamu dan adik2 yang lain juga terus kuat & thabat meneruskan perjuangan ini! amin....

~terbayang2 future generation~

wallahua'alam.