Friday 14 October 2011

Qiyam adalah Bekalan


Di saat hati merasa sedikit kegersangan, sedang jasad tetap bergerak,
Alhamdulillah Allah menyentuh semula hatiku
Melalui qiyam & tazkirah yang isinya menyentuh tentang
‘lambung jauh dari tempat tidur kerana beribadah di waktu malam’

Tersentuh hati ini apabila pentazkirah berkata
Tentang keletihan dan kelelahan sehari2an
Diri kita yang sibuk dengan study, dakwah, masalah orang lain
Tapi tidak gunakan formula yang Allah dah sediakan ini
Iaitu Qiyamullail
Di saat inilah kita mesti merintih,meluahkan segala yang terbuku di hati…

Refleks juga kepada diri ini
Yang kadangkala agak sukar hendak meluahkan segala yang terbuku di hati kepadaNya
Kerana tidak pandai menyusun ayat
Dan kadangkala merasa segan kerana asyik nak mengeluh….

Walhal Allah suka pada hamba2Nya yang merintih kepadaNya
(uh~ mngapakah aku lupa pada yang ini?)

“ Lambung-lambung badan mereka renggang dari tempat tidur (kerana bangun mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal soleh), sambil berdoa kepada Tuhan mereka dalam keadaan takut (kepada azabNya) dan sangat inginkan (keredhaanNya).  Mereka juga membelanjakan (ke jalan Allah) sebahagian daripada apa yang Kami berikan kepada mereka.
Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu-persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (daripada segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang telah mereka kerjakan.”
( As-Sajadah: 16-17)



Sunday 25 September 2011

Semoga Allah mempertemukan kita dengan insan yang betul.

Bismillahirrahmanirrahim

Semoga Allah mempertemukan kita dengan insan yang betul.

Ya Allah, jangan kau biarkan kami dikaburi oleh
paras rupa, harta, pangkat dan kehebatan seseorang

Ya Allah, berikan kami kekuatan jiwa untuk benar2
meletakkan agama sebagai kriteria yang paling utama

Ya Allah, jangan biarkan kami tertipu oleh nilai2 duniawi

Ya Allah kami takut bertemu dengan orang yang salah.

Ya Allah Kau Maha Tahu yang terbaik untuk kami
Maka sabarkanlah kami, ya Allah!

Ya Rahman,Ya Rahim
jauhkanlah kami dari menjadi bahan fitnah.

Ya Allah kami bermohon dengan sangat2
agar tidak dibebani oleh ujian yang tidak sanggup kami pikul

Ya Allah jangan biarkan kami menzalimi orang lain
dan jangan juga biarkan kami menzalimi diri kami sendiri

Tolong kami Ya Allah, sesungguhnya kami tidak tau apa yang
akan berlaku pada esok hari
Kami memohon yang baik daripadaMu

Ya Allah rendahkanlah hati kami
Jauhilah kami dari sifat2 mazmumah
Suburkanlah jiwa2 kami dengan sifat2 mahmudah

Kuatkanlah kami Ya Allah....
Untuk terus melangkah....dan melangkah...
Menuju redhaMu, Ya Rabbal 'Alamin.

Amin....

Sunday 4 September 2011

Bicara Hati 1

Bismillahirrahmanirrahim.

Tiada bicara panjang buat ketika ini
Hanya coretan untuk muhasabah diri.
Melihat sekeliling kadangkala rasa gembira
Melihat sekeliling kadangkala rasa sedih

Kutarik pandanganku,merenung kepada diri sendiri
Ku tanya diriku mengapa aku di sini
Mengapa keadaanku begini
Erm...kurang bersyukur nampaknya....

Berkali-kali ku bisikkan sekuatnya ke dalam hatiku
Allah Maha Tahu yang terbaik untukku
Dia menjadikan keadaanku masih begini
Mungkin kerana aku masih lagi belum benar2 dapat menyingkap
hikmah yang Dia Mahu
Hikmah yang Dia sudah sediakan untukku. (Ya Allah...tunjukkanlah padaku.)

Seringkali berlaku, ku dapat apa yang tak pernah ku terfikir
Tapi tidak pula ku dapat perkara yang ku mahu, yang ku impi
Mungkin inilah...sebenarnya banyak yang Allah nak ajar padaku
Tapi kadangkala ku tak mampu menyingkap hikmah yang Dia Mahu

Aku berdoa agar diri ini terus bersabar dan belajar bersyukur
Bersabar dan bersyukur terhadap segala nikmat kurniaanNya
Yang datangnya kepadaku dengan sebenar-benar yang dimaksudkan
sebagai nikmat
Ataupun yang datangnya kepadaku berbentuk ujian yang juga sebenarnya
adalah nikmat....

Wallahua'lam.

Wednesday 20 July 2011

KAIN PUTIH


Bismillahirrahmanirrahim

Sabda Rasulullah saw: “Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih). Maka ibubapanyalah yang akan membentuknya menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi”




Pengalaman kali ke dua mengajar di Tabika. Berhadapan dengan kanak2 yang berbeza dan perangai2 yang berbeza.
Kali ini saya lebih mahu mengerti dan memahami mereka serta mahu lebih berSABAR dgn mereka…

Jika dulu,pengalaman pertama saya mengajar kanak2 tabika hanya kerana mahu menimba pengalaman, dan membuat part-time (sebelum masuk uia), kini saya rasakan suatu perbezaan.

Jika dulu, saya hanya memberi tugasan kepada mereka, tanpa ada usaha pun untuk mengenali sekurangnya  50% daripada jumlah pelajar di situ,kini saya mahu buat satu perubahan yang baik.

Ye sudah tentu saya risau syllabus yang diberi tak dapat saya sempurnakan dengan baik, tapi saya mahu kenal & faham perangai mereka. Serta melayani mereka sekadar yang saya mampu. Dan berSABAR sudah tentu.

Bila saya bertanya-tanya…..cikgu memang menyatakan bahawa kanak2 sekarang ni agresif. Memang bercakap tak berhenti…bermain-main….bergaduh…. (^_^’)

Cuba ingat2 balik…dulu kitorang nakal macam ni tak?? heheh….

Faktanya memang cikgu kata kanak2 zaman ni sangatlah berbeza…. Cikgu saya ni dah mengajar di tabika ni sebelum saya sendiri bersekolah tabika….Hampir 20 tahun lebih! Still lagi mengajar di tabika sini…


Bila membaca balik hadith di atas…. Mungkin ini boleh dijadikan sebagai sumber motivasi. Walaupun saya & cikgu bukanlah ibu-bapa mereka, tapi kami juga bertanggungjawab mencorakkan mereka. Kain putih ini ada banyak tangan yang akan mewarnakannya….

Bila mahu mewarnakan mereka dgn warna yg baik….makanya saya harus terus berSABAR, trus SENYUM, (kalau marah pun jangan pukul mereka,dan kena cepat2 cool), meMUJI mereka bila mereka buat kerja yang diberi (bagi bintang banyak2…hehe)…… Jika ada yang bergaduh, nasihat mereka,(suara kena kuat,sbb suara kanak2 yg bising ni sgtlah kuat hingga menenggelamkan suara cikgu mereka….)…..

I’m still in the process of learning….

Mereka tak boleh dimarah secara kasar dan dipukul dengan teruk hanya kerana mereka tak nak duduk diam,tak nak dengar cakap kita…….
InsyaAllah tindak balas yang berhikmah akan melembutkan hati mereka dan moga-moga mereka dapat diwarnakan dengan baik walaupun tidak 24jam bersama mereka.

Byk lagi keistimewaan yang ada pada mereka yang boleh dilihat dan dipuji berbanding kenakalan mereka. Dengan itu moga mereka akan hargai pujian kita terhadap mereka dan insyaAllah mereka akan bersemangat untuk terus melakukan perkara yang kita puji itu. ^_^

Thursday 7 July 2011

PILIHAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Seringkali kita merasa tertekan dengan tekanan2 hidup.

Tapi itulah yang membuatkan diri kita benar2 hidup andai kita memilih untuk berdepan dengan tekanan2 tersebut dan cuba sedaya upaya bersikap positif terhadapnya.

Cara kita menghadapi tekanan hidup memberi impak kepada diri kita.

Sememangnya lari atau mendiamkan diri, tidak akan membantu apa-apa kerana kita tak nak cuba menyelesaikannya.

Seperti Matematik, andai kita membiarkan kosong ruang jawapan 1 tambah 1, maka selagi kita tak cuba untuk menyelesaikan pengiraan tersebut ianya akan kosong sebegitu sahaja.

Kalau tak nak belajar sampai bila2 pun tak tahu…..

Kita akan jadi statik,dan mungkin akan jadi lebih teruk lagi.

Seperti pohon yang terbantut tumbesarannya,akhirnya mati……………..



Seringkali kita melihat mereka yang sangat positif,melalui kata2nya,gerak kerjanya, hingga membuatkan kita rasa segan dan mahu jadi sepertinya.

Ya,bukan mudah mengubah diri yang ada sekarang ini kepada yang lebih baik.

Tapi antara menjadi celaka atau mahu jadi orang yang beruntung, pilihan terletak di atas tangan kita!

Boleh jadi kita melihat mereka yang positif,membuatkan kita semakin melemah semangat.. itu pesimis!

Boleh jadi dan mesti jadi bila kita melihat mereka yang seringkali positif dalam hidupnya dan sentiasa bersemangat, kita mahu menjadi seperti mereka! Kerana kita akan rasa lebih hidup! Pilihlah untuk optimis!



Memang Allah jadikan setiap kita ni berbeza-beza. Supaya kita mengamati keadaan sekeliling dan mengambil yang baik,serta meninggalkan yang buruk2 yang Allah tak suka!



Terkadang kita merasa jeles terhadap kelebihan seseorang. Kita tak tahu kelebihan apa yang kita ada. Hinggakan kita rasa kita tak punyai apa2 kelebihan….

Janganlah bersedih…janganlah berputus asa… Mungkin Allah belum nak tunjukkannnya lagi…

Apa yang kita boleh lakukan buat masa ini, teruslah berusaha semampunya menjalankan apa yang disuruh Allah dan menjauhi laranganNya….yang penting kita dalam kerangka ikhlas kerana Allah Ta’ala…. Mungkin Allah tak nampakkan lagi kelebihan kita tu kerana mungkin kita akan ujub atau riya’ dengan kelebihan tersebut… Dia Maha Tahu…bila tiba waktu yang terbaik Dia pasti akan singkapkan kelebihan kita itu…..



Tapi…tidak bermakna kita kena berdiam je. Berdoalah pada Allah agar tunjukkan kelebihan atau kekuatan yang kita ada untuk kita gunakan di jalan yang benar ini yakni dalam kerangka membantu agamaNya!



Apa yang penting Dia menilai dari segi ketakwaan hamba2Nya. Moga kita termasuk dalam golongan hamba2Nya yang Dia pandang dengan penuh rahmat, walaupun pada pandangan diri sendiri atau orang lain tak banyak perkara yang mampu kita tonjolkan dalam membantu agama Allah ini. Kita berada di tahap yang Allah Maha Tahu kita terbaik untuk berada di situ! Tapi walau apapun ujian itu tetap ada….Di tahap mana kita sekarang ini adalah pemberianNya, Dia mahu melihat bagaimanakah keadaan kita? Semakin bersyukur? Semakin banyak muhasabah diri? Semakin tunduk? Semakin tawadhu’? ATAU…….. Semakin bangga? Semakin jauh dariNya?



Fa al hamaha fujuroha wa taqwaha. Qod aflaha man zakkaha. Wa qod khoba man dassaha.

Pilihan di tangan kita. Gunakan akal yang diberiNya dengan sebaiknya!

Thursday 26 May 2011

Harga Sebuah Perkahwinan

Bismillah.


Saya renung kanak2 itu yang sedang bersarapan. Tiba2 hati sedikit sebak. Saya tak pasti dia mengerti ataupun tidak apa yang sedang berlaku di antara ibu dan ayahnya. “Mak kata kalau nak abah balik semula dalam satu keluarga, kita kena pujuk abah untuk balik semula…..” Kata si kecil itu. Sebelum tu saya tanya dia, “dik, tadi sembahyang doakan abah & mak? Minta kat Allah supaya abah baik semula dgn mak.” Dia sengih dan kata tak…. Ok pasni kalau sembahyang doa macam tu kat Allah ye. Dia sengih dan angguk.
Kemudian menemani dia menunggu van sekolah. Di luar berborak2 tapi dalam hati ni rasa sebak dan kasihan kepadannya….

Mengapa anak2 menjadi mangsa bila berlaku pergaduhan dalam rumahtangga? Mengapa bila anda bergaduh, anda lupa yang anda punyai anak2…. Antara persoalan2 yang mendesak dalam diri saya dan mungkin juga kebanyakan orang lain…. Emosi….emosi bila mengatasi rasional, beginilah jadinya.

Tulisan ini bukan nak mem’blame’ sesiapa tapi ini hanyalah sedikit perkongsian pengalaman dari saya dan sedikit pandangan dari saya yang hidup pun baru berapa tahun sangatlah di muka bumi ini… Selain mengajak pembaca sama2 berfikir, diri saya yang paling utama, supaya mendapat nasihat dari penulisan ini….

“Perkahwinan adalah sebuah ikatan perjanjian dengan Tuhan yang kita berjanji akan membahagiakan pasangan kita” satu kata2 yang membuatkan saya tersentuh apabila menyelak sebuah majalah. (lebih kurang maksudnya macam tu)

Niat 

Apabila berlaku krisis dalam rumahtangga, masing2 tak mahu mengalah, masing2 tak mahu tundukkan ego… cuba muhasabah semula apa niat awal hendak mendirikan rumahtangga… jika kecantikan/kehenseman dipertaruhkan, maka cinta pun turut pudar beserta pudarnya kecantikan/kehenseman pasangan tersebut. Jika kekayaan yang menjadi taruhan maka pasangan akan stress untuk memastikan kekayaan sentiasa ada supaya pasangan tak beralih arah. Tapi jika kekayaan sudah semakin susut, maka cinta antara mereka juga semakin susut. Jika glamor menjadi taruhan, maka cinta akan pudar dengan pudarnya glamorama pasangan….

Kalau niat dari awal dah tak betul dan tak jelas, jadi bila berlaku krisis rumahtangga, tiada pertimbangan… Tapi adakah ini bermaksud dah terlambat untuk memperbetulkan niat? Pastinya tak, bila berlaku krisis ni, ni maknanya Allah sedang tegur… Allah sedang membuka peluang untuk pasangan kembali muhasabah dan betulkan niat… Bukan cerai sebagai kata putus! Itupun disediakan tempoh rujuk bagi pasangan supaya dapat muhasabah semula…

Sebab tu kriteria utama yang disarankan oleh Rasulullah saw meletakkan agama sebagai ciri utama dalam memilih pasangan. Apabila mengikut petunjuk ini bermakna kita redha dengan apa yang digariskan oleh Allah swt. Pastinya terkandung hikmah mengapa agama menjadi ciri yang utama dalam memilih pasangan. Orang yang ikhlas dalam agama adalah orang yang ikhlas dalam melakukan ketaatan kepada Allah dan menjauhi larangannya. Jadi dalam setiap pertimbangan yang nak dibuat dalam  hidupnya, dia akan memikirkan redha Allah yang pertama sebagai penimbangnya. Bila rasa nak marah dengan isteri, dia akan fikir adakah Allah suka dengan apa yang akan dia lakukan? Dan kalau nak marah pun, marah yang bagaimanakah yang tak melampau yang dibenarkan dalam agama? Sebelum nak marah, adakah dia dah benar2 siasat perkara yang dia nak marah pada isteri? Nasihat Allah berkenaan jangan menerima berita dari orang2 fasik, akan terngiang di telinganya, lantas membolehkannya berfikir dan bertindak secara rasional…

Bila agama tidak menjadi benteng kepada seseorang, orang yang dikuasai nafsu dan emosi melulu akan lupa bahawa isterinya adalah seorang perempuan yang lemah…lantas sepak terajang menjadi ugutan, menjadi ancaman kepada isteri yang lemah…yang telah bersusah-payah dan berkorban serta bertarung nyawa melahirkan anak2 mereka…. Semua itu mudah dilupakan apabila tidak meletakkan redha Allah dalam membuat pertimbangan!

Allahuakbar! Mungkin inilah yang menjadi punca utama kepada keruntuhan rumahtangga muslim.
Andai pasangan sama2 meletakkan agama  sebagai ciri yang utama dalam memilih teman hidup, insyaAllah sepanjang melayari bahtera rumahtangga, redha Allah sentiasa diutamakan. Bila keluar bekerja masing2 akan menjaga maruah kerana itulah yang disuruh Allah, bila berbicara sesama sendiri, berbicara dengan nada yang sepatutnya dan saling menghormati kerana itulah yang disuruh Allah, bila suami keluar out station, isteri di rumah menjaga harta suami dan menjaga maruah diri kerana itulah yang disuruh Allah, bila berselisih faham masing2 akan cuba rasional dan berbincang dengan elok kerana itulah yang disuruh Allah. Tenang rasanya bila meletakkan redha Allah sebagai penimbangnya. :)

Agama

Ketika dalam perjalanan menuju ke tempat program sabtu lepas berbicara sedikit mengenai rumahtangga muslim atau dikenali sebagai baitul muslim di kalangan ahli tarbiyah. Nilai tambah tentang agama yang perlu ada di kalangan ahli tarbiyah, saya berpendapat adalah fikrahnya. Sejauh mana matlamatnya dalam memperjuangkan agama Allah ini, dan di tahap manakah fikrahnya setakat ini menjadi antara ciri2 yang boleh dititik beratkan oleh ahli tarbiyah. Tertarik dengan kata2 di dalam buku Murabbiyah Sukses “ Kesuksesan kita bukan bergantung kepada suami kita”  (antara maksudnya). Untuk mujahidah… mari kita sama2 perbaharui niat, berusaha menjadikan perjuangan agama Allah ini sebagai yang utama, supaya jika badai melanda rumahtangga, kita ingat kembali bahawa hidup kita ni adalah untuk memperjuangkan agama Allah dan kita tak goyah terlalu lama disebabkan goyanhnya rumahtangga…. Apa2 pun na’uzubillahi minzalik…

Harga sebuah perkahwinan bukan terletak pada mas kahwinnya, bukan terletak pada betapa banyak hantarannya tapi harga yang perlu dibayar bagi sebuah perkahwinan adalah komitmen sepanjang hayat, tanggungjawab bersama sepanjang hayat, pengorbanan suka dan duka sepanjang hayat, perkongsian sepanjang hayat dan apa2 yang relevan sepanjang hayat… ;p.

-sekadar luahan rasa & pandangan...not binding at all upon this blog's readers- 

Wallahua’lam….

Friday 20 May 2011

Bersegeralah dalam Melaksanakan Kebaikan

Bismillah.

"Berlumba-lumbalah dalam melakukan kebaikan." Banyak ayat al-Quran yang menyarankan kita berbuat demikian. Antaranya:
" Dan setiap umat mempunyai kiblat yang dia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan....." [al-Baqarah; 2:148]

"....Kami berikan aturan & jalan yang terang. Kalau Allah mengehendaki, niscaya kamu dijadikannya satu umat sahaja, tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap kurnia yang telah diberikanNya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan....." [al-Maidah; 5:48]

Dan dijanjikan kepada kita ganjaran syurga seluas langit & bumi! 
" Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya......." [al-Hadid; 57:21]

Luaskan! Sangat Luas! Subhanallah! 

Wahai diri! Wahai sahabat2ku! Wahai para penyinggah blog yang tak ‘top’ ni! Hehe… Jom2 kita cek diri kita sejak kebelakangan ni. Terutamanya kalau kamu adalah pelajar UIA, yang bercuti awal dari universiti2 lain. Rasanya dah nak sebulan lebih kita bercuti terutamanya yang tak mengambil semester pendek. Jom tanya pada diri kita, adakah kita sedang berkejar-kejaran dalam melakukan kebaikan sekarang ni? Melakukan  kebaikan pada diri dan kebaikan kepada orang lain….. Semak semula ayat2 di atas…janji Allah kepada kita…tak tergiurkah???

Tangan yang menaip ini sebenarnya sedang memberi tazkirah kepada diri sendiri. Moga kamu yang sedang membaca juga mendapat manfaatnya. Pernahkah kamu rasa tak termotivasi dalam melakukan kebaikan bila keseorangan? Saya mengalaminya… Benarlah bila kita sudah terbiasa dengan tempat yang selesa, punyai sahabat2 yang soleh solehah dekat sekeliling kita, kita rasa kuat! Kita rasa semangat! Kita di sini adalah saya ataupun termasuklah saya.

Tapi bila kita bersendirian, kita tak tahu bagaimana nak mula, dan di manakah punca kekuatan yang kita boleh cari sebagai pemangkin supaya kita bergerak melakukan kebaikan. Masa semakin suntuk, perlukah kita menunggu seseorang untuk sama2 bergerak dengan kita? Sedikit isi dari buku Detik2 Masa dalam Kehidupan Muslim.... janganlah merasa malu & segan dalam bersegera berbuat kebaikan, sebab boleh jadi jika kita bertangguh mungkin kita tak sempat langsung melakukannya disebabkan nyawa kita diambil. Na’uzubillah….

Berbicaralah dgn Allah, minta kekuatan daripadaNya untuk kita bergerak melakukan kebaikan. Mulakanlah, kita yang perlu mencari bukan menanti seseorang datang untuk bersama kita berjuang melakukan kebaikan, kerna boleh jadi jika kita menanti orang itu, mungkin kita tak sempat melakukan kebaikan tersebut. Dan redholah dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita, mungkin di sini tak ramai orang seperti kita sepertimana kita berada di kampus, jangan berputus asa. Di sini, Allah hendak mengajarkan sesuatu pada kita. Jika dakwah ini hanyalah keselesaan senantiasa yang kita dambakan, itu bukanlah dakwah! Dakwah menuntut pengorbanan!

Sekali lagi, mari kita berlumba2 dalam mengerjakan kebaikan, dan dalam amal dakwah & tarbiyyah. Inilah masanya Allah menguji kita setakat manakah kesan tarbiyyah yang kita dapat selama ini bisa membuatkan kita still survive walau tak seselesa seperti di kampus! Adakah laungan kita yang berdegar-degar di kampus, bisa diteruskan di sini? Adakah semangat kita menghadiri usrah seminggu sekali bisa dilaksanakan di sini? Adakah benar kita cinta kepada islam? Andai kita cinta kpd islam di mana-manapun kita akan bersusah payah utk sentiasa hidup di kalangan mereka yang mencintai kebaikan. Kita ketepikan rasa malas dan segan kerana rasa itu akan memakan masa kita yang mana tiada jaminannya adakah kita sempat berbuat kebaikan tersebut ataupun tidak jika kita biarkan rasa malas dan segan menguasai diri! Na’uzubillah….

Sekadar peringatan bersama. ^_^ Moga Allah kuatkan kita semua ya! 

Friday 6 May 2011

Yang Manis di ERAT '11

Bismillah.

Perasaan yang bercampur baur sepanjang ERAT 2011 berjalan selama 3 hari. Antara seronok sebab saya memang suka bergaul dengan adik2.. dan takut sebab 4 mei keluar keputusan peperiksaan.. kononya nak tengok lepas habis program, tapi 5 mei pagi dah tengok sebab tak boleh tahan dah perasaan dan lebih2 lagi sahabat2 yang lain pun tengok jugak... Alhamdulillah...saya boleh melangkah ke tahun 5 bulan 9 ni...

Macam-macam perangai adik2 ni...saya terusik melihat perangai majoriti adik2 lelaki.. ramai yang berpenampilan macam 'ganas2' je..hehe... biasalah penampilan remaja sekarang... tapi bila present cakap pasal dakwah! wahh!! hebat2!!! cool!!!

Saya fasi kepada kumpulan Mimosa Pudica! kelakar betul masa mula2 nak cari nama kumpulan... macam2 keluar,last2 alhamdulillah nama ni yang kami sepakati. Biasalah...masa mula2 mesti agak sukar adik2 ni nak berkomunikasi antara satu sama lain,lebih2 lagi bila dah bercampur dari pelbagai latar belakang... bukan dari sekolah yang sama... Tapi alhamdulillah... dlm tempoh yang diberikan ramai di kalangan mereka boleh 'participate' walaupun masih ada yang malu2...hehe... Tapi semua jadi tak malu bila nak buat sorakan untuk kumpulan! wah!! alhamdulillah... bagus2.... suka...comel la diorang..... ^___^

Saya tak mahu cerita satu persatu setiap aktiviti di sini. Mungkin bukan sekarang atau mungkin tak cerita langsung... Saya mahu membawa satu cerita yang mungkin boleh kita sama2 muhasabah diri kita daripada cerita ini...

Pada hari ketiga sewaktu penerangan IKRAM & KARISMA, ramai yang sudah keletihan... ada yang dah tertidur-tidur...kasihan adik2 tu...yelah..semalamnya mereka explorace,jadi kepenatan... kemudian usai pembentangan video korporat IKRAM Johor dan  MUDAH 10 UIA.... ada suara: "kak......." saya toleh kanan pandang bawah kepada seorang adik yang sedang mencangkung memandang saya,menangis... Saya panik sikit, sebab saya ingatkan dia sakit..maklumlah sepanjang program tu ada yang cramp kaki, ada yang jatuh kat eskelator, ada yang selesema....

"kenapa ni,dik?" saya bertanya. dia tak jawab,tapi dia terus mengalirkan air mata. Saya bawa dia keluar dewan, berdekatan dapur masjid. Saya tanya lagi, "adik,sakit ke?" dia jawab,"tak..." Saya peluk dia. Dia kata," kak...saya tak mampu nak istiqamah....." Saya terkejut! Satu perkara yang terlintas di hati, walau ada yang mengantuk dengan pembentangan2 tadi...ada jiwa muda yang sedar! Ada jiwa muda yang terasa!

"L....terasa part mana? video tadi ke?" saya tanya. Dia jawab, "semua kak...." Saya masih peluk dia, tanya satu persatu...dia jawab dalam keadann teresak-esak... Dalam fikiran dan hati saya sewaktu tu betapa bertuahnya dia Allah mengetuk pintu hati dia sewaktu dia masih muda lagi... Dia bimbang tak mampu istiqamah di atas jalan dakwah. Dia juga bimbang dengan keadaan dirinya bila pulang ke rumah... Saya faham tiada kekuatan...kerna bi'ah kita tak membantu....lain rasanya bila kita berada dalam bi'ah soleh solehah... kita terasa begitu termotivasi melakukan kebaikan2....

Apa yang mampu saya kongsi....nak istiqamah memang bukan perkara mudah... setiap masa kita akan diuji... kadang2 kita boleh rasa fed-up dgn sahabat2 dakwah kita sendiri yang tidak membantu, selain daripada fed-up dengan mad'u2 yang kita nak tapi tak dapat.... Saya  nasihatkan dia supaya sentiasa berhubung dengan shbtnya yang mengajaknya datang ke program ERAT tersebut... Kena sentiasa share supaya tak rasa keseorangan... Dan berkenaan parents yang sukar hendak beri keizinan dia keluar usrah, buat masa ni cubalah cakap nak keluar berjalan2 dengan sahabatnya tu. Parents dia kenal sahabatnya tu, dan biasanya parents akan percaya bila dia lihat sahabat kita orangnya baik... Perkara ni memang mengambil masa... macam saya juga... dan even sebenarnya ada seorang ukht yang aktif di USIM, siap dah bagi taujih pasal ISK... sampai sekarang parentsnya tak tau yang dia buat kerja2 dakwah ni... Itu yang saya share dengan adik L tadi. Dan saya minta sangat kepada dia supaya teruskan berdoa kepada Allah. Moga2 1 hari nanti parentsnya akan faham.... Itu yang saya mampu katakan sewaktu tu. Saya juga memesan kepadanya kalau ada apa2 contactlah saya, dan saya akan tolong mana yang boleh. :) kami berpelukan sekali lagi sebelum kami hendak kembali ke dewan. Tapi...tak sempat kembali ke dewan...sesi tadi dah habis, adalah beberapa orang adik2 yang macam ternampak kami. huhu....

Alhamdulillah...ada hikmah rupanya mengikuti program ni...hikmah tersebut adalah kepada diri sendiri... buat masa ni bila rasa nak malas2 sikit, teringat kepada jiwa2 muda yang bersemangat! terasa malu... mereka sudah ada mind-setting utk berjuang di atas jalan dakwah,saya... saya harus kuat supaya orang2 yang saya bimbing juga boleh kuat...insyaAllah... sekali lagi...betapa bertuahnya adik L, Allah mengetuk pintu hati dia ketika dia masih muda lagi. Dik, akk doakan moga kamu dan adik2 yang lain juga terus kuat & thabat meneruskan perjuangan ini! amin....

~terbayang2 future generation~

wallahua'alam.

Tuesday 19 April 2011

Dedikasi utk Adik-adikku ^_^

Bismillahirrahmanirrahim.

17April2011@ 8.28am

Dalam perjalanan menuju ke masjid KLIA, Program Mukhayyam Dakhili 2011 [MUDAH’11] : Dakwah dan Tarbiyyah Tanggungjawab Kita kepada Ummah.

Subhanallah….jauh di sudut hatiku, gembira melihat adik2 ikhwah akhawat yang semakin matang. Mungkin inilah yang pernah dirasakan oleh para abang2 & kakak2 murabbi/murabbiah suatu ketika dulu.
Seolah melihat adik sendiri atau anak sendiri yang sedang membesar, yang sedang belajar tentang erti kehidupan dan sedang melalui proses perjalanan kehidupan ini. 
Terharu… adik2, akak rasa bangga di sudut kecil hati ini melihat kamu semua sedang membesar. Walau dulu akak rasa tak yakin, walau dulu akak pernah rasa fahamkah kamu akan jalan dakwah ini, walaupun dulu akak pernah rasa tak matangnya kamu, walaupun dulu akak pernah rasa, bolehkah kamu bertahan di atas jalan dakwah ini sekiranya perangai kamu begini, timbul tenggelam,timbul tenggelam….
Tapi sekarang, akak kurang berperasaan sedemikian, akak perlu berlapang dada, membuka ruang untuk kamu semua bergerak, memberi peluang kepada kamu utk membukitikan tanggapan akak terhadap kamu adalah salah… akak percaya, dengan ruang dan peluang yang diberi, kamu memang boleh menjadi rijal2 dakwah yang diharap2kan,yang dinanti2kan… dan akak mesti percaya, kamu bakal peroleh kematangan melalui proses2 begini…jatuh,bangun,hilang, timbul….selagi hati kamu masih mahukan jalan dakwah ini… kerna… akak sendiri pernah merasakannya suatu ketika dulu…dan masih merasainya sehingga kini….

Walau akak masih ada lagi setahun di bumi UIA ini, akak sebenarnya rasa berat untuk tinggalkan tempat yang sangat2 akak cintai ini. Akak sangat sayang dengan bumi UIA ini. Akak sayang nak lepaskan mutarabbiah akak….Mereka adalah Anugerah Allah! Subhanallah! Akak juga rasa berat untuk tinggalkan tempat ini yang menjadi saksi pentarbiyahan diri akak. Akak sendiri tak menyangka akak masih lagi berada di atas jalan dakwah ini, kerna jika difikir2 semula boleh sahaja akk untuk berhenti setelah murabbiyah pertama yang disayangi meninggalkan bumi UIA. Bertukar dengan ramai murabbiyah, serta bersendirian, tiada kawan sekuliah, tiada kawan 1 batch, boleh saja akk nak berundur atau stop dari jalan ini. Kerna waktu akk bertukar murabbiyah yang kedua, akak tak cukup matang lagi, dan akak masih blur lagi tentang apa itu yang sebenarnya dimaksudkan dengan hamba Allah dan KhalifahNya…..

Alhamdulillah, semuanya atas nikmat Allah…Kadang2 menangis bila ingat balik nikmat2 Allah ni.. Masih sudi lagi Dia memilih akak di atas jalan ini, walau sudah beberapa kali berputus asa… Adik2, kita dimuliakan Allah dengan Dia memilih kita di atas jalan dakwah ini. Kita bukan tergolong di dalam saki-baki atau lebihan2 dunia, yang hidupnya sia2…yang mereka tidak tahu apa tujuan sebenar mereka dalam hidup ini..
Adik2, akak berharap teruslah dan thabatlah berjuang di atas jln dakwah ini dengan menjadikan syurga sebagai motivasi kita, dengan memohon kepadaNya supaya ikhlas sentiasa mengiringi kita, dan dengan melazimkan istighfar dgn lisan dan hati kita dalam setiap saat kita melakukan ‘amal dakwah ini… 
Sentiasalah memohon kepada Allah supaya hati kita sentiasa merendah dan diri kita sentiasa besederhana dalam kehidupan ini, kerna fitnah itu ada di mana2.. Jika kita tidak menjaga hubungan kita dengan Allah, jika kita membiarkan kehebatan kita disaluti ujub,takabbur,riya’ dan sum’ah, maka tiadalah ertinya kita berada di sini. Amal kita seolah2 debu yang berterbangan dan kita mungkin tidak akan lama berada di atas jalan dakwah ini, kerna telah mengharapkan redha selain redha Allah.

Sekali lagi, hati ini berasa bangga dan terharu melihatmu membesar wahai adik2 ku.. Doakan akak juga istiqamah dan sentiasa ikhlas untuk terus berjuang di atas jalan dakwah ini, doakan akak boleh menjadi seperti benih yang dicampak ke laut menjadi pulau, dan dicampak ke darat menjadi gunung… Kerja di luar menanti, nak tak nak akak dan adik2 akan pulang ke masyarakat yang lebih besar dan mencabar di luar sana.  Moga2 Allah benar2 menyediakan kita dengan bekalan2 yang sememangnya kita perlukan untuk menghadapi masyarakat luar sana. Bekalan2 inilah yang adik2 kutip di bumi UIA ini. Segala pahit manis pengorbanan fizikal,emosi,harta dan lain2…pengalaman2 itulah yang menjadi bekalan kita menghadapi masyarakat di luar sana…Yakinlah islam akan kembali tertegak di atas muka bumi ini. Kita buat je,kita usaha je, hasilnya Allah Maha Tahu, bila khilafah islam akan tertegak, kerna itu janji Dia dan pasti Dia tidak akan memungkiri janjinya.

Teruskan berjuang demi redhaNya!





Saturday 9 April 2011

Bagi Aku Lari Kejap........

Bismillah.
Huah…lamanya tak mengarut kat blog…
Apa khabar iman? Moga baik2 saja. Hari ni saya nak kongsi2 tentang raikan sisi-sisi manusiawi.
Keadaan 1: Penat gila aku minggu ni. Asyik ada meeting dakwah kampus hampir setiap malam. Tambah lagi tugasan sebagai naqibah dan mutarabbi. Seminggu dua kali usrah. Usrah yang aku bawa, dan usrah aku sebagai mutarabbi. Tambah lagi dengan assignment yang masih tak siap2. Risau memang risau walau due datenya lambat, tapi it cause me stress…..huah3…. Malam ni aku tekad, nak tengok baca gak manga tuh…nak baca jugak2x!
(weh…apa nih…x hilang lagi karat2 jahiliyah dia nih…hish2… (=_=’)

Keadaan 2: Aku nak keluar jugak ari ni! Tak kisahlah…KLCC ke…JJ ke…. Aku tensyen dengan sume benda ni….Dlam kerja2 macam ni pun ada ye orang macam ni! Patutnya dah lama ikut tarbiyah, lagi faham. Lagi tinggi level, lagi faham apa tu amal jamai’e! asyik dengar kisah dia, pastu aku tak de peluang nak cakap ngan dia, sebab aku rasa macam tak layak… level aku bawah dari dia… aku pula bukan satu usrah dengan dia…. Aish….. kalau mak ayah aku mcm mak ayah akhawat lain, bolehlah aku luahkan masalah ni pada mereka….tapi aku…mak ayah aku orang biasa2 je… tak ikut jemaah… erm kalau aku nak ‘lepas’ je boleh tak…..dah lah baik aku pergi keluar jejalan!
(weh…dai’e kah kau ni?? Baru diuji sikit dah nak blah! Pergi tempat2 macam tu, dah lah banyak maksiat! Pergilah masjid ke, pergi baca Quran tenangkan hati….jaga sikit kau tu dai’e!)

Eh, x boleh ye kalau kita nak lepaskan tension dengan cara2 di atas? Lepaskan gian tengok komik jepun,drama korea, melepak2 kat KLCC blablabla….. nanti jadi fitnah tau! Kita kan dai’e! Sepatutnya setiap kali ada masalah kita tak boleh langsung tau dekat2 ngan benda tu, nanti kita akan jadi fitnah pada dakwah!
Ye ke? Bagi saya dai’e ni manusia juga. Ye memang betul sebetul2 tempat kembali adalah mengadu kepada Allah swt. Tapi kita ada sisi2 kita yang perlu diraikan…kalau kita rasa dengan membaca manga kita boleh release sikit tension, bacalah asalakan kita tak terlalai…tak terlepas waktu solat… camtu gak kalau kita rasa dengan keluar berjalan2, window shopping, ‘lepak’ kat luar boleh mengurangkan tekanan, silalah…asalkan kita masih lagi jaga hubungan kita dengan Allah… Kita manusia, kita ada perasaan….tanpa perasaan, kita tak mampu nak pikul ‘amanah’ ini…
Kita bukan lari, cuma kita tak nak fikirkan masalah2 tu buat sementara waktu. Kita akan kembali, berhadapan semula dengan masalah tu, tapi dalam keadaan yang berbeza… yang lebih segar.. tak berat seperti masa mula2 kita menghadapinya….
:)




Saturday 26 March 2011

DRAMA KHALIFAH & DF

Bismillahirrahmanirrahim.

Akhirnya...hari ini, saya mendatangi dunia yang sebenarnya. Seronoknya balik rumah! ^_^ Kita memang tak boleh tipu perasaan kita, walau sesibuk manapun kita di kampus, ada satu feelin' jauh di sudut hati... dan alhamdulillah...akhirnya terisi... Kangen banget dengan rumah..... :)

Apepun,nak kongsi satu cerita best. Rasanya 1 Malaya tahu, cerekarama kat TV3 memang dah banyak berubah sejak kebelakangan ni. Islamik! :) Tadi baru habis menontondrama bertajuk 'Khalifah'.
Menarik! Tapi akhirnya sedih. Sedih dalam hati je tak keluar air mata... hee....

Bagaimana seorang perempuan ni, (regardless of cara dia pakai tudung,k-x betul2 ikut panduan islam) melakukan dakwah fardiyyah! Wah,,,,clap3x.... Ye, mungkin nampak macam apekah? DF orang lelaki.. Tapi nak katanya kat sini, sifat SABAR, yang memang dianjurkan dalam islam dan itulah qudwah hasanah nabi kita Nabi Muhammmad saw memberi hasil yang berbaloi2....
Perempan tu 'click' kat laki tu, langsung laki tu terbuka hati, laki tersebut 'click' pula pada kakaknya. Ye...mungkin nmpk nonsense dan mungkin ada yang kata, apekah??? adakah perkara macam ni bole berlaku??? Ye, tak musahil.. :)

Lelaki tersebut sebelum dia koma, accident dengan kereta perempuan tu, hidupnya sangat tak betul.. sampailah kena belasah pada satu hari lalu accident dgn ereta yg dipandu perempuan tersebut. Perempuan ni menjaga dia sepanjang dia koma, dan dia sedar ada orang perempuan yang menjaganya, dan bersembahyang di bilik tersebut. Akhirnya dia pulih. Tak lama selepas tu dia mencari semula perempuan tersebut. Dan dia pun menyatakan perasaan sukanya pada perempuan tersebut. Perempuan ni lah yan mengajak dia solat. Tak lama lepas tu, lelaki ni menyedarkan kakak dia yang selalu buat derma tapi sebenarnya tak ikhlas. Adalh dia nasihat2kan kakak dia ni...

Part yang sedih, apabila seorang prempuan cina dtg ke rumahnya, mendakwa bayi yang ada di situ adalah anak mereka. Perepuan yang baik ni ada juga di situ. Terkejut dia dan lelaki ni pun memang terkejut dan tak percaya. Tapi ujian DNA membuktikan positif, memang itu anak lelaki tersebut. 'berlaku masa zaman jahiliyah beliau' Perempuan ni rasa sangat sedih. Kawan baiknya (yang juga berubah kerana dia bantu) menasihatkan dia, menyuruhnya bersabar dan mengatakan ini ujian Allah. Akhirnya, kata putus dari perempuan tersebut, dia berpisah dan memberi semangat kepada lelaki tersebut untuk membimbing muallaf 'perempuan cina' tu. Akhirnya lelaki tersebut bekahwin dngan muallaf itu..
Lapangnya dada dan sabarnya perempuan itu.. Dia redho... :)

Kat sini, saya suka nak kaitkan dengan DF yang saya cakap tadi. Dlam melakukan DF memang banyak pengalaman2 danujian2 yang kita perlu tempuh. Ada yang mudah, cepatlah dia mask ke sistem tarbiyah.. Ada yang susah sikit, maka perlukan keSABARAN utk kita terus menyantuni dia dalam masa yang lama, dan kita tak tahu lagi sama ada kita berjaya tarik dia ke sistem kita atau tidak...
Wallahua'lam, mingkin sampai 1 masa kita akan diuji pula bagaimana setelah kita DF org tu, kita tarbiyah dia... tapi Allah nak uji kita, dia di'ambil' atau 'pergi' kepada 'tempat' yang lain. Kalau 'tempat' yang dia pergi itu, memang mebawa kepada perjuangan islam juga tidak mengapalah. Kita takut, kalau2 dia pergi terus tanpa mengikut mana2 'tempat'.

Point di sni, kita kena berlapang dada, jikalau Allah uji kita yang mad'u kita tadi berpergian kepada 'tempat' yang lain....Perit ohh....tapi kita kena sedar dia bukan milik kita dan kita bukan milik dia... Sepertimana perempuan dalam drama tadi, berat hati tapi berlapang dada melepaskan lelaki tersebut. Tapi lelaki tersebut akan membimbing muallaf tersebut. Mengalirlah pahala dia sebanarnya, wlaupun tak bersama-sama dengan lelaki itu.
Kita juga harus merelakan mad'u kita andai dia terpaksa berpergian....asalkan dia terus berada dalam jalan perjuangan islam...InsyaAllah tidak sia2 usaha kita....InsyaAllah pahala akan terus kita dapat rasai, selagi mad'u kita itu berjuang untuk islam walau di tempat berlainan, kerna kita telah memberi juga kesan2 kepada dirinya.... Insya Allah...

Wallahua'lam. :)

Thursday 17 March 2011

(=_=)

Bismillahirrahmanirrahim.

Setiap apa yang diri ini rasa
Hanya secebis,hanya setitis,hanya sejentik
Dari seluruh kesakitan

Maafkan diri ini
Aku tak rela 'anak2' ini pergi
Aku sayang mereka

'Anak2' ini kurniaan Allah
Makin bertambah, sememangnya aku gembira
Tapi rupanya aku belum dapat beri yg terbaik

Aku takut 'anak2' ini terputus tali
Aku akui tali yang kuikat masih belum kukuh
Ya Allah tolong pelihara mereka

Aku takut kesalahan2ku
Memberi 'kesan' kepada mereka
Jangan hukum mereka di atas kesalahanku

Saat nikmat datang,saat itu juga kepala dan hati terbeban
Bukannya banyak gerakku
Tapi yang datang menghempap-hempap kepala dan jiwaku

Aku lebih rela bergerak banyak
Dari duduk,kemudian tahu banyak perkara
Sampaikan rasa sakit

Aku bersalah pada 'anak2'ku
Ya Allah,tolong..jadikan mereka
Lebih hebat dariku...

(=__=)

Tuesday 15 March 2011

Akukah yang Bersalah???

Bismillahirrahmanirrahim.

Banyaknye benda2 serabut dalam kepala ni. sering tertanya2, sempat lagi ke,? lebih kurang 2 minggu je lagi ni. aduh, tekanan betul bila berada di sem terakhir,tahun akhir untuk 1st degree ni.

Dengan gerak kerja dakwah & tarbiyyah yang tak seberapa, dengan kelekaan2 yang mencelah, arh.. aku ni mementingkan dirikah? -getus hati Shira. Shira, segalanya rancangan Allah. Tolonglah, terus lah berbaik sangka kepada Allah.

Susah hati Shira dibuatnya. Seorang anak usrahnya tidak bersemangat dah berapa minggu ni... Yang seorang lagi pun sama. Tapi yang seorang lagi ni mungkin sekejap sahaja. Katanya stres dah nak final.

Shira rasa sangat2 berdosa pada mereka. Adakah kerana kelemahannya, mereka juga merasai tempiasnya? Aduh... Shira memang teringat kata2 seorang ukht pada satu program di Bangi: "Syurga mutarabbi kita terletak di atas tangan kita" Juga kata2 seorang ukht dari UPM, sewaktu dia dijemput menjadi muwajih di sini. "Keadaan kita akan memberi kesan kepada anak2 usrah kita..."

Mungkin ianya pelik bagi orang yang tak faham...tapi inilah kenyataannya.. kerna dakwah ini adalah hak Allah. Connection hati-hati orang yang berada dalam kelompok ini, Allah yang menjaganya... Bila satu hati tidak berapa betul, maka hati-hati lain yang berada di bawah tanggungangnya akan ter'efek' juga..... (=_=)

Astaghfirullah.....

Sunday 13 March 2011

Cerita Tentang Kamu Lagi


Bismillahirrahmanirrahim.

Sebenarnya Shira penat asyik bercakap perkara yang sama mengenai ‘persatuan’ yang satu ini. Lebih-lebih lagi apabila Shira mendapat tahu tentang ‘adik-adiknya’ yang sanggup bersabar dengan ‘perangai’ ahli-ahli dalam persatuan tersebut. Mereka ada kolaborasi program bersama-sama baru-baru ini.

Shira kadang-kadang rasa  tak puas hati dan dia rasa komennya terhadap ahli-ahli dalam ‘persatuan’ tersebut seperti mengumpat! Ya Allah…niat Shira bukan begitu. Cuma Shira tak boleh nak tahan atau tipu perasaan Shira. Sahabat-sahabat lain juga ada yang mengalami perasaan sama seperti Shira, malah ada yang rasa tekanan lebih teruk lagi. 

Adakah dakwah dan tarbiyyah yang kita dapat adalah eksklusif? Patutkah kita kagum kepada mereka yang likat tarbiyyahnya tapi bila bab dakwah mereka tidak hebat seperti yang kita sangka? Mungkin kita rasa inferior bila duduk dengan mereka, mereka sangat menjaga qiyam mereka, juga menjaga ukhuwah sesama mereka, juga bercakap ‘basah’ je…. Tapi cuba kita lihat pada gerak kerja dakwah mereka, tersusunkah? Mad’u yang macam mane jadi sasaran mereka bila buat tajmi’ umum? Adakah yang ‘baik2’ saja? Bila buat program lalu, mana mad’u yang pakai selendang, baju ketat? Hurm… sebegitu sekalikah kita dalam berdakwah? Kalau semua nak mengejar yang baik2, sapa yang nak kejar yang kurang baik? Kalau di sini mungkin bolehla…org yang baik2 ni ramai.. tapi kalau berada di waqi’ yang lain pendekatan yang senada itu jugakah yang mahu digunakan?

Shira penatlah…asyik berkata tentang mereka. Jomlah kita buat je kerja kita… Tolonglah perasaan ni.. janganlah hinggap lama sangat….Makin Shira banyak tahu, makin Shira teruji! Andainya Rasulullah saw ada, mungkin Shira tak pening… apa2 semua akan refer kat baginda… Aduh, takutnya…bolehkah Shira terus bertahan di atas jalan dakwah ini? Shira paling takut kalau frust disebabkan manusia2 yang berada dalam gerakan ini… Shira takut tak mampu untuk terus berlapang dada…. T_T

Astaghfirullah.........

Friday 11 March 2011

Rencah Rasa Perjuangan Hidup

Bismillahirrahmanirrahim.

11/3/2011-16:09

Masa makin suntuk. Tapi Shira tetap mahu menaip juga di sini. Sabtu Ahad ni full.... Erm...huhu. Shira rasa macam tak sempat je, tinggal lagi lebih kurang 2 minggu.

"Dalam dakwah, kita tak semestinya kena buat apa yang kita nak dan apa yang kita mahu" Naqibah Shira menungkap ayat tersebut malam tadi dalam usrah. Wuuu..huhu... Langsung sang naqibah memberi contoh diri Shira...huhu... erm...berat...berat... Ada seorang ikhwan dulu dalam Ikhwanul Muslimin mengambil kursus sains sukan atas permintaan dan saranan Hassan al-Banna.
Bagi menyedapkan lagi contoh pada ayat naqibah tadi, Shira sengaja mendatangkan contoh sahabatnya yang dalam usrah tu. "Ha...macam Shima, dia suka benda2 politik kan, tapi kalau dia ditaklifkan dengan jaga tarbiyah, dia kena terima" Keh..keh....
Terdetik dalam hati Shira: Da'wah is not an option but it is an obligation.

Semester ni Shira rasa macam tak banyak sangat buat kerja. Tapi tak lah jugak Shira optimakan masa dengan study. Sem ni Shira diajar Allah dengan banyak tekanan. Tapi kadang2 Shira tak rasa perkara tu terlalu urgent. Alhamdulillah, Shira belum pernah migrain lagi setakat ni. Kdg2 Shira tertanya jugak, adakah dia tak serius dalam dakwah ni?? hurm... (-_-")


Bukankah sepatutnya semua yang berada dalam perjuangan dakwah ini perlu berlapang dada? Saling hormat-menghormati? - ini getus hati Shira bila mendengar '1 problem yang masih x settle2 lagi'

Perlukah Shira merasa sakit hati dengan pengurusan saudaranya yang sefikrah itu? pengurusan yang tak terurus?- panas hati Shira semalam melihatkan suasana yang agak kabut pada grand iftar semalam. hai Shira...komplen je...awat hang tak tolong?? huhu.....

Perlukah setiap dari kita berasa 'persatuan' dialah yang terbaik? Once bekerjasama, tak bolehkah belajar dari 'persatuan' lain juga? Setiap kita ada kelebihan dan kekurangan, jadi tak bolehkah kita saling belajar sesama kita? Allah ada katakah 'persatuan' kamu lebih baik? Allah ada katakah letakkan full thiqah kpd seseorang yg kita rasa boleh di'thiqohi'?- hati Shira sedikit meradang mendengar luahan2 malam tadi.

Shira rasa seolah2 tak dapat nak buat apa2... Ya Allah...di saat Shira rasa 'macam2' Allah tegur Shira dgn 1 perkongsian di blog seorg Ukht yg brada do oversea....Blog yg kerap juga Shira ikuti...
Sudahla...Shira nak sambung kerja lain pula... :)

Saturday 5 March 2011

BINGUNG......

Bismillahirrahmanirrahim.

5 Mac 2011. 11.30 malam.
Pintu bilik dibuka. Pulang dari satu pengisian yang diharapkan boleh menyegarkan kembali jiwanya. Shira memang kerap bertanya kepada dirinya sejak kebelakangan ni, mengapakah gerak langkahnya makin lesu? Sudah banyak kali dia ditewaskan oleh emosi dan perasaannya.
Mungkin kefahaman da'wah belum benar2 dijiwainya. Rasa bersalah pada Allah mengapa dirinya jadi begini. Seolah-olah ingin lari setelah rasa hampir jemu.
Wah...suka2 je, ingat dakwah ni macam tu ke? Masa mula2,semangat! Lama2 bosan,tinggal!
Hai,Shira engkau yang rugi! Kau nak lari? larilah... dakwah ni memang tak perlu orang macam kau! Tak bersyukur! Da'wah ni tak kan rugi apa2 kalau kau pergi!

Shira pulang ke biliknya dengan pelbagai perasaan. Dia mengecas fikiran dan rasa positif terhadap benda2 negatif yang menjengah dirinya sebentar tadi. Kadang2 individu2 dalam persatuan ini membuatkan dirinya rasa mahu lari! Dia terasa seperti tidak disokong. Wah, Shira kau ingat kau sedang berpolitikkah? Meraih simpati pengundi? Haish...ye Shira sedar tapi perasaan2 tu dia tak mampu nak elak. Hanya kepada Allah dia mohon kekuatan.

Mana pernah Shira menyangka satu hari Allah ujinya dengan perasaan2 dan situasi2 begini. Sehinggakan dia rasa mahu jadi pengikut je, tak nak jadi penggerak. Pernah juga dia rasa untuk jadi muslim yang tak terikat dengan mana-mana persatuan. Tenang dia menyangka.... Tapi betulkah Shira akan rasa tenang, sekiranya itu yang dia pilih? Menjadi pengikut atau muslim yang tak diikat dengan mana2 persatuan....

Biasanya, bila dia rasa begini, hati & fikiran nye akan melontarkan firman Allah: Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Islam & iman adalah nikmat yang sangat agung. Ditambah lagi nikmat untuk bergerak demi islam. Shira,kau dimuliakan Allah, Dia memilihmu menjadi salah seorang pewaris sunnah Nabi s.a.w untuk meneruskan perjuangan da'wah. Maka atas alasan apa lagi kau mesti menolak? jemu? mahu berundur?

Bukan redha manusia yang kau kena hirau. Redha Allah...buatlah demi redha Allah, nescaya kau takkan hirau dengan apapun kelakuan manusia terhadapmu & insyaAllah pasti hatimu beroleh ketenangan....