Wednesday 28 December 2016

HB Abang Q!


Selamat Hari Lahir yang ke 29 =)
🍰 Semoga semakin dekat dengan Allah dengan menambah dan mengkualitikan  amal ibadah  =)

🍥 Semoga diberi petunjuk oleh Allah dalam memimpin dan membimbing kami agar rumahtangga ini sentiasa berada dalam rahmat dan redhaNya.

🍕 Semoga segala yang Abang cita2kan tercapai seterusnya cita2 tersebut dimanfaatkan untuk menambah nilai bukan sahaja di dunia malahan di akhirat yang lebih penting.

🍮 I love U =)

Regards,
Ayang

Thursday 22 December 2016

Berkorban???

Hari ni genap 10 hari dari tarikh aku berhenti kerja sebagai paralegal. Demi anak keduaku yang kami risau dengan kesihatan dan tumbesarannya. Sepanjang hampir tiga bulan di taska dia tak makan dan tak minum sangat..

Ajaibnya sehari selepas aku jadi fulltime housewife semula dia makan je apa yang aku sua...minum susu botol memang dia tak nak sangat... tapi... mudah je dia makan .... aku rasa macam nak kerja balik je... huhu...

tapi bila aku kenang balik mungkin Allah nak selamatkan aku dari terlibat lebih jauh buat sesuatu yang Dia tak redha... Sepanjang aku kerja tu adalah perkara-perkara yang tak sepatutnya berlaku...

Erm... dalam masa tiga tahun ni ada sahaja yang aku buat hanya separuh jalan.. huhu... apabila dapat jadi paralegal tu aku ingatkan doaku sudah termakbul dan yes inilah yang aku cari tapi rupanya masih belum lagi...

Moga aku terus sabar... 😑

Tuesday 20 December 2016

TQ ALLAH!

Ya Allah Terima Kasih kerana menghadirkan dia yang sentiasa tenang walau dalam keadaan aku yang kadangkala ribut taufan... Huhu 

Thanks a lot Abang Q!  😁