Thursday 16 March 2017

Anakku Tantrum???

Astaghfirullahal'azim...

Malam tadi, Mus'ab terbatuk time tidur. Then muntah. Lepas tu terus dia menangis menjerit2.. Lama...lama sangat... Adik dia pun turut terjaga dan menangis....

Sehinggakan aku terfikir kena rasuk ke dia ni?!!! Bermacam2 cara dipujuk tak juga mahu berhenti. Then aku pangku dia baru dia rasa tenang sambil aku buka bacaan mathurat. Adik pula menangis sebab nak susu... Tapi aku perlu tenangkan Mus'ab dulu. Bila aku nak letak dia di tempat baring, dia tak nak... Then aku bagilah tengok video Didi n Fren serta lagu2 kanak2 yg aku save offline di You Tube. Dapatlah aku susukan adik dia..dan biarkan dia tengok video dan tertidur. Bila dia dah tidur, suami aku pun alihkan fon tu ke tempat lain.

Pukul 3lebih pagi tu dia terjaga lagi... Menangis jerit2 macam tadi. Adik pun juga terjaga. Huuu aku dah sampai rasa stress! Biar betul tantrum pagi2 buta macam ni!! Sebab tu aku terfikir dia ni kena 'kacau' ke? Ada la juga rasa bersalah tak baca alQuran kat rumah tapi nak buat macam mana aku tengah tak boleh solat..
Kali ni pujuk tengok video tak jalan!! Tidurkan lagi di pangkuan then rasa dia dia macam da tidor baru letak kat tempat baring. Masa di pangkuan tu diq minumlah susu yang mula2 dah buat tadi tapi dia tak nak mula2 tu.

Pelik! Dia start tantrum teruk baru ni masa kitorang kat Langkawi. Then bila balik ke rumah dari holiday tu dia baik.. Kembali normal... Tapi malam tadi he started it again...

Whoaa serius...boleh tercabut kesabaran...
Aku nak p study lagi pasal tantrum. Doakan aku ye... Bye..tq baca =')