Friday, 8 January 2016

NIAT

Bismillah..

Malam tadi aku berhadapan dengan seorang yang mengahwini bukan ikhwah sebagai pasangan hidupnya.
Iye, memang betul seperti apa yg pernah kak Muharikah post, niat kita dalam tarbiyah ni andai kerana Allah pasti diizinkanNya untuk terus survive dlm jln tarbiyah kerana matlamatnya jelas dan niatnya lurus.

Semoga Allah menjaga hati ini untuk terus berniat keranaNya dalam segala hal. Amin...

Saturday, 2 January 2016

KOSONG

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah
Bimbinglah daku
Jadikan aku seorang yang positif selalu
Bersyukur di atas segala kurniaanMu
Bersabar di atas segala ujianMu

Meniti ke usia 29
Mempunyai keluarga sendiri
Ternyata masih belum ada kepuasan dalam hati
Kerna ada perkara2 yg masih belum terpenuhi

Mungkin kerana aku masih menyimpan harapan
Untuk menjadi seorang yang bermanfaat buat masyarakat
Bukan sebagai suri rumah
Yang setiap hari menjalani rutin yang sama
Kadangkala aku cuba pujuk diri
Ini satu tarbiah buatku
Mungkin kalau aku ada kerjaya juga di luar
Aku tak mampu beri perhatian sewajarnya buat suami dan anak

Tapi ternyata kadang aku tetap tak berpuas hati
Dengan apa yang sedang kulalui sekarang ini
Banyak...banyak lagi yg kufikir
Pernah beberapa kali aku rasa frust
Pabila rasa tak mampu untuk menjaga kesihatan ibu ayahku
Aku merasa kecewa kerna tak mampu mengeluarkan wang
Membelikan mereka produk kesihatan dan ubatan misalnya

Allahu robbi...
Maafkan aku
Aku sangat2 memerlukan pertolongan dan petunjukMu
Jiwaku kosong, kerna tak mampu bermanfaat kepada orang lain
Aku mohon agar ketenangan dan kepuasan menjelma juga satu hari nanti
Kupohon dengan sangat....
Kurniakanku kesabaran selalu....