Sunday, 21 October 2012

U.T.K


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah berpeluang menghadiri satu kem yang kuanggap unik bagi diriku sepanjang hidup ini. Uniknya kerana bersama dengan mereka yang berpangkat ‘makcik2’. Pada permulaan mendapat tahu tentang kem ini, walau ada sedikit teruja tetapi sedikit risau dan bimbang kerana memikirkan tiada kawan yang sebaya a.k.a yang muda macam diriku. Aku terfikir bagaimanalah nanti aku hendak ‘masuk’ menyesuaikan diri dengan ‘makcik2’… Yelah….Selama ini sudah selesa dan gembira ber’kem’ dengan yang sebaya a.k.a muda2. ^_^

Pada Sabtu pagi selepas Subuh seorang makcik menjemputku di rumah. Kurang dari satu jam kami tiba di tempat berkumpul semua peserta. Alhamdulillah rupanya ada lagi orang muda lain yang sebaya denganku, malahan ada yang pernah kujumpa sebelum ini… Hati rasa lega sikit… Makcik2 pun sangat ‘welcome’ semasa kedatanganku tadi, seolahnya macam pernah berjumpa dan beramah sebelum ini…
Bersama dengan Senioritas dakwah & tarbiyah sepanjang dua hari ini, menjadikan aku mencari poin2 untuk bermuhasabah. Aku amat tertarik dengan ukhuwah mereka. Mereka itu aku pandang sebagai golongan yang sangat tegar di atas jalan dakwah & tarbiyah ini. Mereka itu faham dan setia dengan perjuangan ini. Ada perkongsian2 daripada mereka yang menyentuh hatiku. Betapa pentingnya untuk sentiasa berlapang  dada dan bersangka baik dalam satu orgsnisasi supaya ‘nafas’ ini terus panjang di atas jalan dakwah & tarbiyah. Terdetik di hatiku, pasti sangat banyak kisah duka yang makcik2 tempuhi di sepanjang jalan ini, tapi kerana iman & ukhuwah mereka masih tegar sehingga ke hari ini… Inilah kem ataupun program yang aku banyak senyap kerana melihat mereka2 yang hebat itu didepanku.

Ada yang membawa anak, tapi masih boleh bersikap tenang. Langsung tidak memarahi anak2nya  yang berlari sana-sini…menangis,merengek….
Ada yang sakit, bukan sakit biasa, tapi masih bersemangat turut serta di dalam kem ini.

Allahu Allah… antara yang mengesani aku, makcik2 boleh memeluk diri ini seeratnya dan mendoakan untukku…aku speechless, apa yang aku mampu ucap hanyalah terima kasih… dan terus mengharapkan doanya….

Makcik2 juga sangat meraikan kami orang muda… Sejenak aku terfikir satu hari nanti pasti aku juga berada di tempat mereka, menyaksikan rangkaian duat yang baru bersama-sama dalam perjuangan ini…

Walaupun begitu, ada juga kebimbangan pada diri ini, seandainya aku tidak bersabar…adakah aku masih mampu berada di jalan ini pada masa akan datang??

Allahu Allah… aku mohon padaMu sudilah untuk terus memilih diri ini sebagai pejuang agamaMu.. amen ya rabb!