Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah
berpeluang menghadiri satu kem yang kuanggap unik bagi diriku sepanjang hidup
ini. Uniknya kerana bersama dengan mereka yang berpangkat ‘makcik2’. Pada
permulaan mendapat tahu tentang kem ini, walau ada sedikit teruja tetapi
sedikit risau dan bimbang kerana memikirkan tiada kawan yang sebaya a.k.a yang
muda macam diriku. Aku terfikir bagaimanalah nanti aku hendak ‘masuk’
menyesuaikan diri dengan ‘makcik2’… Yelah….Selama ini sudah selesa dan gembira
ber’kem’ dengan yang sebaya a.k.a muda2. ^_^
Pada Sabtu
pagi selepas Subuh seorang makcik menjemputku di rumah. Kurang dari satu jam
kami tiba di tempat berkumpul semua peserta. Alhamdulillah rupanya ada lagi
orang muda lain yang sebaya denganku, malahan ada yang pernah kujumpa sebelum
ini… Hati rasa lega sikit… Makcik2 pun sangat ‘welcome’ semasa kedatanganku
tadi, seolahnya macam pernah berjumpa dan beramah sebelum ini…
Bersama
dengan Senioritas dakwah & tarbiyah sepanjang dua hari ini, menjadikan aku
mencari poin2 untuk bermuhasabah. Aku amat tertarik dengan ukhuwah mereka.
Mereka itu aku pandang sebagai golongan yang sangat tegar di atas jalan dakwah
& tarbiyah ini. Mereka itu faham dan setia dengan perjuangan ini. Ada
perkongsian2 daripada mereka yang menyentuh hatiku. Betapa pentingnya untuk
sentiasa berlapang dada dan bersangka
baik dalam satu orgsnisasi supaya ‘nafas’ ini terus panjang di atas jalan
dakwah & tarbiyah. Terdetik di hatiku, pasti sangat banyak kisah duka yang
makcik2 tempuhi di sepanjang jalan ini, tapi kerana iman & ukhuwah mereka
masih tegar sehingga ke hari ini… Inilah kem ataupun program yang aku banyak
senyap kerana melihat mereka2 yang hebat itu didepanku.
Ada yang
membawa anak, tapi masih boleh bersikap tenang. Langsung tidak memarahi
anak2nya yang berlari sana-sini…menangis,merengek….
Ada yang
sakit, bukan sakit biasa, tapi masih bersemangat turut serta di dalam kem ini.
Allahu
Allah… antara yang mengesani aku, makcik2 boleh memeluk diri ini seeratnya dan
mendoakan untukku…aku speechless, apa yang aku mampu ucap hanyalah terima kasih…
dan terus mengharapkan doanya….
Makcik2
juga sangat meraikan kami orang muda… Sejenak aku terfikir satu hari nanti
pasti aku juga berada di tempat mereka, menyaksikan rangkaian duat yang baru
bersama-sama dalam perjuangan ini…
Walaupun
begitu, ada juga kebimbangan pada diri ini, seandainya aku tidak bersabar…adakah
aku masih mampu berada di jalan ini pada masa akan datang??
Allahu
Allah… aku mohon padaMu sudilah untuk terus memilih diri ini sebagai pejuang
agamaMu.. amen ya rabb!
U.T.K ' Ukhuwwah Teras Kegemilangan? :)
ReplyDelete