Hari ni genap 10 hari dari tarikh aku berhenti kerja sebagai paralegal. Demi anak keduaku yang kami risau dengan kesihatan dan tumbesarannya. Sepanjang hampir tiga bulan di taska dia tak makan dan tak minum sangat..
Ajaibnya sehari selepas aku jadi fulltime housewife semula dia makan je apa yang aku sua...minum susu botol memang dia tak nak sangat... tapi... mudah je dia makan .... aku rasa macam nak kerja balik je... huhu...
tapi bila aku kenang balik mungkin Allah nak selamatkan aku dari terlibat lebih jauh buat sesuatu yang Dia tak redha... Sepanjang aku kerja tu adalah perkara-perkara yang tak sepatutnya berlaku...
Erm... dalam masa tiga tahun ni ada sahaja yang aku buat hanya separuh jalan.. huhu... apabila dapat jadi paralegal tu aku ingatkan doaku sudah termakbul dan yes inilah yang aku cari tapi rupanya masih belum lagi...
Moga aku terus sabar... 😑
No comments:
Post a Comment