Bismillahirrahmanirrahim.
Tiada bicara panjang buat ketika ini
Hanya coretan untuk muhasabah diri.
Melihat sekeliling kadangkala rasa gembira
Melihat sekeliling kadangkala rasa sedih
Kutarik pandanganku,merenung kepada diri sendiri
Ku tanya diriku mengapa aku di sini
Mengapa keadaanku begini
Erm...kurang bersyukur nampaknya....
Berkali-kali ku bisikkan sekuatnya ke dalam hatiku
Allah Maha Tahu yang terbaik untukku
Dia menjadikan keadaanku masih begini
Mungkin kerana aku masih lagi belum benar2 dapat menyingkap
hikmah yang Dia Mahu
Hikmah yang Dia sudah sediakan untukku. (Ya Allah...tunjukkanlah padaku.)
Seringkali berlaku, ku dapat apa yang tak pernah ku terfikir
Tapi tidak pula ku dapat perkara yang ku mahu, yang ku impi
Mungkin inilah...sebenarnya banyak yang Allah nak ajar padaku
Tapi kadangkala ku tak mampu menyingkap hikmah yang Dia Mahu
Aku berdoa agar diri ini terus bersabar dan belajar bersyukur
Bersabar dan bersyukur terhadap segala nikmat kurniaanNya
Yang datangnya kepadaku dengan sebenar-benar yang dimaksudkan
sebagai nikmat
Ataupun yang datangnya kepadaku berbentuk ujian yang juga sebenarnya
adalah nikmat....
Wallahua'lam.
ada baca 1 buku,kdg2 hikmah itu diperoleh slps dah lama sesuatu perkara itu berlaku...
ReplyDeleteSemoga Allah memimpinmu dan aku utk terus bersabar.. Ameen
amin...
ReplyDeleteyep,benar itu..dan ianya memang pernah berlaku... tapi kdgkala as manusia yang lemah ini, sering terlupa dan mudah saja utk putus asa.. hu2...
jzkk mngunjungi blog ini.. boleh perkenalkan diri?
ana ukhtiki fil Islam :)
ReplyDelete