Wednesday, 20 July 2011

KAIN PUTIH


Bismillahirrahmanirrahim

Sabda Rasulullah saw: “Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih). Maka ibubapanyalah yang akan membentuknya menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi”




Pengalaman kali ke dua mengajar di Tabika. Berhadapan dengan kanak2 yang berbeza dan perangai2 yang berbeza.
Kali ini saya lebih mahu mengerti dan memahami mereka serta mahu lebih berSABAR dgn mereka…

Jika dulu,pengalaman pertama saya mengajar kanak2 tabika hanya kerana mahu menimba pengalaman, dan membuat part-time (sebelum masuk uia), kini saya rasakan suatu perbezaan.

Jika dulu, saya hanya memberi tugasan kepada mereka, tanpa ada usaha pun untuk mengenali sekurangnya  50% daripada jumlah pelajar di situ,kini saya mahu buat satu perubahan yang baik.

Ye sudah tentu saya risau syllabus yang diberi tak dapat saya sempurnakan dengan baik, tapi saya mahu kenal & faham perangai mereka. Serta melayani mereka sekadar yang saya mampu. Dan berSABAR sudah tentu.

Bila saya bertanya-tanya…..cikgu memang menyatakan bahawa kanak2 sekarang ni agresif. Memang bercakap tak berhenti…bermain-main….bergaduh…. (^_^’)

Cuba ingat2 balik…dulu kitorang nakal macam ni tak?? heheh….

Faktanya memang cikgu kata kanak2 zaman ni sangatlah berbeza…. Cikgu saya ni dah mengajar di tabika ni sebelum saya sendiri bersekolah tabika….Hampir 20 tahun lebih! Still lagi mengajar di tabika sini…


Bila membaca balik hadith di atas…. Mungkin ini boleh dijadikan sebagai sumber motivasi. Walaupun saya & cikgu bukanlah ibu-bapa mereka, tapi kami juga bertanggungjawab mencorakkan mereka. Kain putih ini ada banyak tangan yang akan mewarnakannya….

Bila mahu mewarnakan mereka dgn warna yg baik….makanya saya harus terus berSABAR, trus SENYUM, (kalau marah pun jangan pukul mereka,dan kena cepat2 cool), meMUJI mereka bila mereka buat kerja yang diberi (bagi bintang banyak2…hehe)…… Jika ada yang bergaduh, nasihat mereka,(suara kena kuat,sbb suara kanak2 yg bising ni sgtlah kuat hingga menenggelamkan suara cikgu mereka….)…..

I’m still in the process of learning….

Mereka tak boleh dimarah secara kasar dan dipukul dengan teruk hanya kerana mereka tak nak duduk diam,tak nak dengar cakap kita…….
InsyaAllah tindak balas yang berhikmah akan melembutkan hati mereka dan moga-moga mereka dapat diwarnakan dengan baik walaupun tidak 24jam bersama mereka.

Byk lagi keistimewaan yang ada pada mereka yang boleh dilihat dan dipuji berbanding kenakalan mereka. Dengan itu moga mereka akan hargai pujian kita terhadap mereka dan insyaAllah mereka akan bersemangat untuk terus melakukan perkara yang kita puji itu. ^_^

4 comments:

  1. "Mereka tak boleh dimarah secara kasar dan dipukul dengan teruk hanya kerana mereka tak nak duduk diam,tak nak dengar cakap kita…….
    InsyaAllah tindak balas yang berhikmah akan melembutkan hati mereka dan moga-moga mereka dapat diwarnakan dengan baik walaupun tidak 24jam bersama mereka."

    -sgt betul.hu2..rase nk kongsi jgklah pglmn ngaja iqra' kat educare :)

    tegas dan garang beza kan :)

    ReplyDelete
  2. salam

    ana yakin banyak lagi kak mun nak cerita. tapi tak tertulis je. hehe.

    nak kongsi apa yg ana dapat dari Prof Malik Badri,
    nak tahu tak kenapa hadis tu tak sebut: Maka ibubapanyalah yang akan membentuknya menjadi MUSLIM atau Yahudi atau Nasrani atau Majusi”?
    sebab.. anak-anak semuanya memang dah Muslim sejak lahir! ^^
    memang fitrahnya mereka Muslim. kita semua Muslim.
    tapi bila dah keluar ke dunia, mak ayahlah yang corakkan jadi warna lain.
    hmm cenggitula..

    wallahua'lam. sekupang dua dari saya..
    -syaimaa'-

    ReplyDelete
  3. betul k.mun, peranan seorang guru dr kecil lg sgt besar. adik2 ana time drg tadika n adik ana ayesha yg tgh bljr kat tadika skrg, semua percaya bulat2 dgn cg. kalau tanya kenapa buat ini/itu cthnya, drg akan ckp, sbb cg kata kena buat/sbb cg kata benda tu bagus etc.

    kalau tgk sejarah ulama' kita dulu2 pun, dr kecil lg mrk dilazimkan duduk berguru dgn ulama'2 hebat pd zmn mrk. bukan 1, 2 guru tp ada yg sampai berpuluh2. kalau ada 'alim yg hebat di satu2 tmpt pula, mrk sanggup bermusafir utk berguru dgn 'alim tersebut. Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri ada syuyukh yg bertanggungjwb mendidik dan mentarbiyah beliau.

    pendek kata, slmt menjadi guru & murabbi buat k.mun :)) moga usaha diredhai Allah :)

    ReplyDelete
  4. sofi: silalah share juga..nak tgk pula prngai kanak2 di educare... moga terus sabar mendidik.. :)

    syaimaa: jzkk beri penambahan. da terbuku dari ari tu...d;m hati masih berbuku,tapi setakat ni ini je yg mmpu dikeluarkan...

    imah: jzkk beri penambahan....suatu yg akak tak terfikir...jzkk atas doanya... :)

    ReplyDelete