Tuesday, 19 April 2011

Dedikasi utk Adik-adikku ^_^

Bismillahirrahmanirrahim.

17April2011@ 8.28am

Dalam perjalanan menuju ke masjid KLIA, Program Mukhayyam Dakhili 2011 [MUDAH’11] : Dakwah dan Tarbiyyah Tanggungjawab Kita kepada Ummah.

Subhanallah….jauh di sudut hatiku, gembira melihat adik2 ikhwah akhawat yang semakin matang. Mungkin inilah yang pernah dirasakan oleh para abang2 & kakak2 murabbi/murabbiah suatu ketika dulu.
Seolah melihat adik sendiri atau anak sendiri yang sedang membesar, yang sedang belajar tentang erti kehidupan dan sedang melalui proses perjalanan kehidupan ini. 
Terharu… adik2, akak rasa bangga di sudut kecil hati ini melihat kamu semua sedang membesar. Walau dulu akak rasa tak yakin, walau dulu akak pernah rasa fahamkah kamu akan jalan dakwah ini, walaupun dulu akak pernah rasa tak matangnya kamu, walaupun dulu akak pernah rasa, bolehkah kamu bertahan di atas jalan dakwah ini sekiranya perangai kamu begini, timbul tenggelam,timbul tenggelam….
Tapi sekarang, akak kurang berperasaan sedemikian, akak perlu berlapang dada, membuka ruang untuk kamu semua bergerak, memberi peluang kepada kamu utk membukitikan tanggapan akak terhadap kamu adalah salah… akak percaya, dengan ruang dan peluang yang diberi, kamu memang boleh menjadi rijal2 dakwah yang diharap2kan,yang dinanti2kan… dan akak mesti percaya, kamu bakal peroleh kematangan melalui proses2 begini…jatuh,bangun,hilang, timbul….selagi hati kamu masih mahukan jalan dakwah ini… kerna… akak sendiri pernah merasakannya suatu ketika dulu…dan masih merasainya sehingga kini….

Walau akak masih ada lagi setahun di bumi UIA ini, akak sebenarnya rasa berat untuk tinggalkan tempat yang sangat2 akak cintai ini. Akak sangat sayang dengan bumi UIA ini. Akak sayang nak lepaskan mutarabbiah akak….Mereka adalah Anugerah Allah! Subhanallah! Akak juga rasa berat untuk tinggalkan tempat ini yang menjadi saksi pentarbiyahan diri akak. Akak sendiri tak menyangka akak masih lagi berada di atas jalan dakwah ini, kerna jika difikir2 semula boleh sahaja akk untuk berhenti setelah murabbiyah pertama yang disayangi meninggalkan bumi UIA. Bertukar dengan ramai murabbiyah, serta bersendirian, tiada kawan sekuliah, tiada kawan 1 batch, boleh saja akk nak berundur atau stop dari jalan ini. Kerna waktu akk bertukar murabbiyah yang kedua, akak tak cukup matang lagi, dan akak masih blur lagi tentang apa itu yang sebenarnya dimaksudkan dengan hamba Allah dan KhalifahNya…..

Alhamdulillah, semuanya atas nikmat Allah…Kadang2 menangis bila ingat balik nikmat2 Allah ni.. Masih sudi lagi Dia memilih akak di atas jalan ini, walau sudah beberapa kali berputus asa… Adik2, kita dimuliakan Allah dengan Dia memilih kita di atas jalan dakwah ini. Kita bukan tergolong di dalam saki-baki atau lebihan2 dunia, yang hidupnya sia2…yang mereka tidak tahu apa tujuan sebenar mereka dalam hidup ini..
Adik2, akak berharap teruslah dan thabatlah berjuang di atas jln dakwah ini dengan menjadikan syurga sebagai motivasi kita, dengan memohon kepadaNya supaya ikhlas sentiasa mengiringi kita, dan dengan melazimkan istighfar dgn lisan dan hati kita dalam setiap saat kita melakukan ‘amal dakwah ini… 
Sentiasalah memohon kepada Allah supaya hati kita sentiasa merendah dan diri kita sentiasa besederhana dalam kehidupan ini, kerna fitnah itu ada di mana2.. Jika kita tidak menjaga hubungan kita dengan Allah, jika kita membiarkan kehebatan kita disaluti ujub,takabbur,riya’ dan sum’ah, maka tiadalah ertinya kita berada di sini. Amal kita seolah2 debu yang berterbangan dan kita mungkin tidak akan lama berada di atas jalan dakwah ini, kerna telah mengharapkan redha selain redha Allah.

Sekali lagi, hati ini berasa bangga dan terharu melihatmu membesar wahai adik2 ku.. Doakan akak juga istiqamah dan sentiasa ikhlas untuk terus berjuang di atas jalan dakwah ini, doakan akak boleh menjadi seperti benih yang dicampak ke laut menjadi pulau, dan dicampak ke darat menjadi gunung… Kerja di luar menanti, nak tak nak akak dan adik2 akan pulang ke masyarakat yang lebih besar dan mencabar di luar sana.  Moga2 Allah benar2 menyediakan kita dengan bekalan2 yang sememangnya kita perlukan untuk menghadapi masyarakat luar sana. Bekalan2 inilah yang adik2 kutip di bumi UIA ini. Segala pahit manis pengorbanan fizikal,emosi,harta dan lain2…pengalaman2 itulah yang menjadi bekalan kita menghadapi masyarakat di luar sana…Yakinlah islam akan kembali tertegak di atas muka bumi ini. Kita buat je,kita usaha je, hasilnya Allah Maha Tahu, bila khilafah islam akan tertegak, kerna itu janji Dia dan pasti Dia tidak akan memungkiri janjinya.

Teruskan berjuang demi redhaNya!





2 comments: