Friday, 6 May 2011

Yang Manis di ERAT '11

Bismillah.

Perasaan yang bercampur baur sepanjang ERAT 2011 berjalan selama 3 hari. Antara seronok sebab saya memang suka bergaul dengan adik2.. dan takut sebab 4 mei keluar keputusan peperiksaan.. kononya nak tengok lepas habis program, tapi 5 mei pagi dah tengok sebab tak boleh tahan dah perasaan dan lebih2 lagi sahabat2 yang lain pun tengok jugak... Alhamdulillah...saya boleh melangkah ke tahun 5 bulan 9 ni...

Macam-macam perangai adik2 ni...saya terusik melihat perangai majoriti adik2 lelaki.. ramai yang berpenampilan macam 'ganas2' je..hehe... biasalah penampilan remaja sekarang... tapi bila present cakap pasal dakwah! wahh!! hebat2!!! cool!!!

Saya fasi kepada kumpulan Mimosa Pudica! kelakar betul masa mula2 nak cari nama kumpulan... macam2 keluar,last2 alhamdulillah nama ni yang kami sepakati. Biasalah...masa mula2 mesti agak sukar adik2 ni nak berkomunikasi antara satu sama lain,lebih2 lagi bila dah bercampur dari pelbagai latar belakang... bukan dari sekolah yang sama... Tapi alhamdulillah... dlm tempoh yang diberikan ramai di kalangan mereka boleh 'participate' walaupun masih ada yang malu2...hehe... Tapi semua jadi tak malu bila nak buat sorakan untuk kumpulan! wah!! alhamdulillah... bagus2.... suka...comel la diorang..... ^___^

Saya tak mahu cerita satu persatu setiap aktiviti di sini. Mungkin bukan sekarang atau mungkin tak cerita langsung... Saya mahu membawa satu cerita yang mungkin boleh kita sama2 muhasabah diri kita daripada cerita ini...

Pada hari ketiga sewaktu penerangan IKRAM & KARISMA, ramai yang sudah keletihan... ada yang dah tertidur-tidur...kasihan adik2 tu...yelah..semalamnya mereka explorace,jadi kepenatan... kemudian usai pembentangan video korporat IKRAM Johor dan  MUDAH 10 UIA.... ada suara: "kak......." saya toleh kanan pandang bawah kepada seorang adik yang sedang mencangkung memandang saya,menangis... Saya panik sikit, sebab saya ingatkan dia sakit..maklumlah sepanjang program tu ada yang cramp kaki, ada yang jatuh kat eskelator, ada yang selesema....

"kenapa ni,dik?" saya bertanya. dia tak jawab,tapi dia terus mengalirkan air mata. Saya bawa dia keluar dewan, berdekatan dapur masjid. Saya tanya lagi, "adik,sakit ke?" dia jawab,"tak..." Saya peluk dia. Dia kata," kak...saya tak mampu nak istiqamah....." Saya terkejut! Satu perkara yang terlintas di hati, walau ada yang mengantuk dengan pembentangan2 tadi...ada jiwa muda yang sedar! Ada jiwa muda yang terasa!

"L....terasa part mana? video tadi ke?" saya tanya. Dia jawab, "semua kak...." Saya masih peluk dia, tanya satu persatu...dia jawab dalam keadann teresak-esak... Dalam fikiran dan hati saya sewaktu tu betapa bertuahnya dia Allah mengetuk pintu hati dia sewaktu dia masih muda lagi... Dia bimbang tak mampu istiqamah di atas jalan dakwah. Dia juga bimbang dengan keadaan dirinya bila pulang ke rumah... Saya faham tiada kekuatan...kerna bi'ah kita tak membantu....lain rasanya bila kita berada dalam bi'ah soleh solehah... kita terasa begitu termotivasi melakukan kebaikan2....

Apa yang mampu saya kongsi....nak istiqamah memang bukan perkara mudah... setiap masa kita akan diuji... kadang2 kita boleh rasa fed-up dgn sahabat2 dakwah kita sendiri yang tidak membantu, selain daripada fed-up dengan mad'u2 yang kita nak tapi tak dapat.... Saya  nasihatkan dia supaya sentiasa berhubung dengan shbtnya yang mengajaknya datang ke program ERAT tersebut... Kena sentiasa share supaya tak rasa keseorangan... Dan berkenaan parents yang sukar hendak beri keizinan dia keluar usrah, buat masa ni cubalah cakap nak keluar berjalan2 dengan sahabatnya tu. Parents dia kenal sahabatnya tu, dan biasanya parents akan percaya bila dia lihat sahabat kita orangnya baik... Perkara ni memang mengambil masa... macam saya juga... dan even sebenarnya ada seorang ukht yang aktif di USIM, siap dah bagi taujih pasal ISK... sampai sekarang parentsnya tak tau yang dia buat kerja2 dakwah ni... Itu yang saya share dengan adik L tadi. Dan saya minta sangat kepada dia supaya teruskan berdoa kepada Allah. Moga2 1 hari nanti parentsnya akan faham.... Itu yang saya mampu katakan sewaktu tu. Saya juga memesan kepadanya kalau ada apa2 contactlah saya, dan saya akan tolong mana yang boleh. :) kami berpelukan sekali lagi sebelum kami hendak kembali ke dewan. Tapi...tak sempat kembali ke dewan...sesi tadi dah habis, adalah beberapa orang adik2 yang macam ternampak kami. huhu....

Alhamdulillah...ada hikmah rupanya mengikuti program ni...hikmah tersebut adalah kepada diri sendiri... buat masa ni bila rasa nak malas2 sikit, teringat kepada jiwa2 muda yang bersemangat! terasa malu... mereka sudah ada mind-setting utk berjuang di atas jalan dakwah,saya... saya harus kuat supaya orang2 yang saya bimbing juga boleh kuat...insyaAllah... sekali lagi...betapa bertuahnya adik L, Allah mengetuk pintu hati dia ketika dia masih muda lagi. Dik, akk doakan moga kamu dan adik2 yang lain juga terus kuat & thabat meneruskan perjuangan ini! amin....

~terbayang2 future generation~

wallahua'alam.

7 comments:

  1. Dalam apa2 program yang kita join, x semestinya kita yang memberi untuk peserta. Kita juga menerima dan belajar dr mereka juga.

    Pengalaman yang menarik. Dan u r the chosen one yg dpt bende tu. Mun ^_^

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.... tarbiyah tak semestinya kita saja memberi, kita juga ditarbiyah pabila menerima.. ^_^

    ReplyDelete
  3. wow.im missing something valuable.huhu.byk bende best ttgal nih.sharing lebih2 nnt ek :) mode: bengkak kaki berdiri lame jge pintu masuk dewan.haha

    ReplyDelete
  4. hee...sofi...mun nak sgt g, tapi sebab takde kawan..wuwu.. erm nnt mun kirim duit je lah e.. syafakillah...mun rasa bukn stakat bengkak kaki, tapi mesti skrg ni da kebas2 muka sbb asyik tersenyum je tadi menyambut tetamu..kan...kan... ^_^

    ReplyDelete
  5. T_T apabila membaca

    Situasi ini sgt 'COMEEEEEELLLLLLLLLLLLLLLL'

    I like....very much. Envy sbb xjoin.

    Anyway, alhamdulillah & tahniah :D:D:D

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.
    teringat satu kata2 dr MUDAH '11:
    budak2 di palestin dr kecil lg dah berjuang/tau erti perjuangan. kita yg 20 thn ni, masih tak buat/berkorban apa2 utk islam. malu la skit.

    ~bkn malu sikit, malu byk kut. hu. moga kita diganjarkan thabat di atas jalan da'wah. biar berjalan, menangis, berlari, bernafas dan mati di atasnya dan keranaNya. ameen! TT

    ReplyDelete