Bismillah.
Saya renung kanak2 itu yang sedang bersarapan. Tiba2 hati sedikit sebak. Saya tak pasti dia mengerti ataupun tidak apa yang sedang berlaku di antara ibu dan ayahnya. “Mak kata kalau nak abah balik semula dalam satu keluarga, kita kena pujuk abah untuk balik semula…..” Kata si kecil itu. Sebelum tu saya tanya dia, “dik, tadi sembahyang doakan abah & mak? Minta kat Allah supaya abah baik semula dgn mak.” Dia sengih dan kata tak…. Ok pasni kalau sembahyang doa macam tu kat Allah ye. Dia sengih dan angguk.
Kemudian menemani dia menunggu van sekolah. Di luar berborak2 tapi dalam hati ni rasa sebak dan kasihan kepadannya….
Mengapa anak2 menjadi mangsa bila berlaku pergaduhan dalam rumahtangga? Mengapa bila anda bergaduh, anda lupa yang anda punyai anak2…. Antara persoalan2 yang mendesak dalam diri saya dan mungkin juga kebanyakan orang lain…. Emosi….emosi bila mengatasi rasional, beginilah jadinya.
Tulisan ini bukan nak mem’blame’ sesiapa tapi ini hanyalah sedikit perkongsian pengalaman dari saya dan sedikit pandangan dari saya yang hidup pun baru berapa tahun sangatlah di muka bumi ini… Selain mengajak pembaca sama2 berfikir, diri saya yang paling utama, supaya mendapat nasihat dari penulisan ini….
“Perkahwinan adalah sebuah ikatan perjanjian dengan Tuhan yang kita berjanji akan membahagiakan pasangan kita” satu kata2 yang membuatkan saya tersentuh apabila menyelak sebuah majalah. (lebih kurang maksudnya macam tu)
Niat
Apabila berlaku krisis dalam rumahtangga, masing2 tak mahu mengalah, masing2 tak mahu tundukkan ego… cuba muhasabah semula apa niat awal hendak mendirikan rumahtangga… jika kecantikan/kehenseman dipertaruhkan, maka cinta pun turut pudar beserta pudarnya kecantikan/kehenseman pasangan tersebut. Jika kekayaan yang menjadi taruhan maka pasangan akan stress untuk memastikan kekayaan sentiasa ada supaya pasangan tak beralih arah. Tapi jika kekayaan sudah semakin susut, maka cinta antara mereka juga semakin susut. Jika glamor menjadi taruhan, maka cinta akan pudar dengan pudarnya glamorama pasangan….
Kalau niat dari awal dah tak betul dan tak jelas, jadi bila berlaku krisis rumahtangga, tiada pertimbangan… Tapi adakah ini bermaksud dah terlambat untuk memperbetulkan niat? Pastinya tak, bila berlaku krisis ni, ni maknanya Allah sedang tegur… Allah sedang membuka peluang untuk pasangan kembali muhasabah dan betulkan niat… Bukan cerai sebagai kata putus! Itupun disediakan tempoh rujuk bagi pasangan supaya dapat muhasabah semula…
Sebab tu kriteria utama yang disarankan oleh Rasulullah saw meletakkan agama sebagai ciri utama dalam memilih pasangan. Apabila mengikut petunjuk ini bermakna kita redha dengan apa yang digariskan oleh Allah swt. Pastinya terkandung hikmah mengapa agama menjadi ciri yang utama dalam memilih pasangan. Orang yang ikhlas dalam agama adalah orang yang ikhlas dalam melakukan ketaatan kepada Allah dan menjauhi larangannya. Jadi dalam setiap pertimbangan yang nak dibuat dalam hidupnya, dia akan memikirkan redha Allah yang pertama sebagai penimbangnya. Bila rasa nak marah dengan isteri, dia akan fikir adakah Allah suka dengan apa yang akan dia lakukan? Dan kalau nak marah pun, marah yang bagaimanakah yang tak melampau yang dibenarkan dalam agama? Sebelum nak marah, adakah dia dah benar2 siasat perkara yang dia nak marah pada isteri? Nasihat Allah berkenaan jangan menerima berita dari orang2 fasik, akan terngiang di telinganya, lantas membolehkannya berfikir dan bertindak secara rasional…
Bila agama tidak menjadi benteng kepada seseorang, orang yang dikuasai nafsu dan emosi melulu akan lupa bahawa isterinya adalah seorang perempuan yang lemah…lantas sepak terajang menjadi ugutan, menjadi ancaman kepada isteri yang lemah…yang telah bersusah-payah dan berkorban serta bertarung nyawa melahirkan anak2 mereka…. Semua itu mudah dilupakan apabila tidak meletakkan redha Allah dalam membuat pertimbangan!
Allahuakbar! Mungkin inilah yang menjadi punca utama kepada keruntuhan rumahtangga muslim.
Andai pasangan sama2 meletakkan agama sebagai ciri yang utama dalam memilih teman hidup, insyaAllah sepanjang melayari bahtera rumahtangga, redha Allah sentiasa diutamakan. Bila keluar bekerja masing2 akan menjaga maruah kerana itulah yang disuruh Allah, bila berbicara sesama sendiri, berbicara dengan nada yang sepatutnya dan saling menghormati kerana itulah yang disuruh Allah, bila suami keluar out station, isteri di rumah menjaga harta suami dan menjaga maruah diri kerana itulah yang disuruh Allah, bila berselisih faham masing2 akan cuba rasional dan berbincang dengan elok kerana itulah yang disuruh Allah. Tenang rasanya bila meletakkan redha Allah sebagai penimbangnya. :)
Agama
Ketika dalam perjalanan menuju ke tempat program sabtu lepas berbicara sedikit mengenai rumahtangga muslim atau dikenali sebagai baitul muslim di kalangan ahli tarbiyah. Nilai tambah tentang agama yang perlu ada di kalangan ahli tarbiyah, saya berpendapat adalah fikrahnya. Sejauh mana matlamatnya dalam memperjuangkan agama Allah ini, dan di tahap manakah fikrahnya setakat ini menjadi antara ciri2 yang boleh dititik beratkan oleh ahli tarbiyah. Tertarik dengan kata2 di dalam buku Murabbiyah Sukses “ Kesuksesan kita bukan bergantung kepada suami kita” (antara maksudnya). Untuk mujahidah… mari kita sama2 perbaharui niat, berusaha menjadikan perjuangan agama Allah ini sebagai yang utama, supaya jika badai melanda rumahtangga, kita ingat kembali bahawa hidup kita ni adalah untuk memperjuangkan agama Allah dan kita tak goyah terlalu lama disebabkan goyanhnya rumahtangga…. Apa2 pun na’uzubillahi minzalik…
Harga sebuah perkahwinan bukan terletak pada mas kahwinnya, bukan terletak pada betapa banyak hantarannya tapi harga yang perlu dibayar bagi sebuah perkahwinan adalah komitmen sepanjang hayat, tanggungjawab bersama sepanjang hayat, pengorbanan suka dan duka sepanjang hayat, perkongsian sepanjang hayat dan apa2 yang relevan sepanjang hayat… ;p.
-sekadar luahan rasa & pandangan...not binding at all upon this blog's readers-
Wallahua’lam….
suka dgn perenggan terakhir kak mun :)
ReplyDeletejzkk. :)coretan ni tanpa rangka,pakai tulis aje...
ReplyDelete