Bismillah.
"Berlumba-lumbalah dalam melakukan kebaikan." Banyak ayat al-Quran yang menyarankan kita berbuat demikian. Antaranya:
" Dan setiap umat mempunyai kiblat yang dia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan....." [al-Baqarah; 2:148]
"....Kami berikan aturan & jalan yang terang. Kalau Allah mengehendaki, niscaya kamu dijadikannya satu umat sahaja, tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap kurnia yang telah diberikanNya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan....." [al-Maidah; 5:48]
Dan dijanjikan kepada kita ganjaran syurga seluas langit & bumi!
" Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya......." [al-Hadid; 57:21]
Luaskan! Sangat Luas! Subhanallah!
Wahai diri! Wahai sahabat2ku! Wahai para penyinggah blog yang tak ‘top’ ni! Hehe… Jom2 kita cek diri kita sejak kebelakangan ni. Terutamanya kalau kamu adalah pelajar UIA, yang bercuti awal dari universiti2 lain. Rasanya dah nak sebulan lebih kita bercuti terutamanya yang tak mengambil semester pendek. Jom tanya pada diri kita, adakah kita sedang berkejar-kejaran dalam melakukan kebaikan sekarang ni? Melakukan kebaikan pada diri dan kebaikan kepada orang lain….. Semak semula ayat2 di atas…janji Allah kepada kita…tak tergiurkah???
Tangan yang menaip ini sebenarnya sedang memberi tazkirah kepada diri sendiri. Moga kamu yang sedang membaca juga mendapat manfaatnya. Pernahkah kamu rasa tak termotivasi dalam melakukan kebaikan bila keseorangan? Saya mengalaminya… Benarlah bila kita sudah terbiasa dengan tempat yang selesa, punyai sahabat2 yang soleh solehah dekat sekeliling kita, kita rasa kuat! Kita rasa semangat! Kita di sini adalah saya ataupun termasuklah saya.
Tapi bila kita bersendirian, kita tak tahu bagaimana nak mula, dan di manakah punca kekuatan yang kita boleh cari sebagai pemangkin supaya kita bergerak melakukan kebaikan. Masa semakin suntuk, perlukah kita menunggu seseorang untuk sama2 bergerak dengan kita? Sedikit isi dari buku Detik2 Masa dalam Kehidupan Muslim.... janganlah merasa malu & segan dalam bersegera berbuat kebaikan, sebab boleh jadi jika kita bertangguh mungkin kita tak sempat langsung melakukannya disebabkan nyawa kita diambil. Na’uzubillah….
Berbicaralah dgn Allah, minta kekuatan daripadaNya untuk kita bergerak melakukan kebaikan. Mulakanlah, kita yang perlu mencari bukan menanti seseorang datang untuk bersama kita berjuang melakukan kebaikan, kerna boleh jadi jika kita menanti orang itu, mungkin kita tak sempat melakukan kebaikan tersebut. Dan redholah dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita, mungkin di sini tak ramai orang seperti kita sepertimana kita berada di kampus, jangan berputus asa. Di sini, Allah hendak mengajarkan sesuatu pada kita. Jika dakwah ini hanyalah keselesaan senantiasa yang kita dambakan, itu bukanlah dakwah! Dakwah menuntut pengorbanan!
Sekali lagi, mari kita berlumba2 dalam mengerjakan kebaikan, dan dalam amal dakwah & tarbiyyah. Inilah masanya Allah menguji kita setakat manakah kesan tarbiyyah yang kita dapat selama ini bisa membuatkan kita still survive walau tak seselesa seperti di kampus! Adakah laungan kita yang berdegar-degar di kampus, bisa diteruskan di sini? Adakah semangat kita menghadiri usrah seminggu sekali bisa dilaksanakan di sini? Adakah benar kita cinta kepada islam? Andai kita cinta kpd islam di mana-manapun kita akan bersusah payah utk sentiasa hidup di kalangan mereka yang mencintai kebaikan. Kita ketepikan rasa malas dan segan kerana rasa itu akan memakan masa kita yang mana tiada jaminannya adakah kita sempat berbuat kebaikan tersebut ataupun tidak jika kita biarkan rasa malas dan segan menguasai diri! Na’uzubillah….
Sekadar peringatan bersama. ^_^ Moga Allah kuatkan kita semua ya!
No comments:
Post a Comment